Sejarah Wan yang Beriktibar

Aku masih ingat seorang Wan. Lahir pada 19 Februari, berasal dari Kota Belud. Putera berbangsa Iranun ini menetap di pekan yang masyhur dengan sebuah jambatan, tak jauh dari Pekan Tuaran. Ayahnya seorang pentadbir pendidikan, manakala bondanya hanya suri rumahtangga.


Suatu pagi di pengajian saya dahulu, aku pelajar Tingkatan 4 Perakaunan. Si Wan, 3 tahun lebih junior dari saya. Kami kebetulan tiada kelas. Saya menziarahi beliau sekelas di kelasnya, hanya seberang blok sahaja di aras yang sama. Saya adalah Guru Muda di kelasnya, mengajar Bahasa Dhad. Di kelasnya, dialah ketua.

Di kala saya ada menziarahi kelasnya, saya duduk di hadapannya.

Suatu hari di tahun-tahun silam, seorang Wan adalah seorang budak yang tidak tahu apa-apa. Namun, dia beruntung, kerana ayahandanya membawanya kepada pak ciknya untuk mengaji al-Tanzil. Al-Quran. Dia mengaji bersama 2 orang lagi sepupunya di desanya di Kota Belud.

Dalam pengajian al-Furqan itu, dia antara yang terbodoh dalam kalangan sepupunya yang lain. Lantas, sangkaannya dari kalbu, Tuhan tidak adil. Astaghfirullah al-Azim.

Namun, dia tak pernah putus asa dan terus menggembeling daya untuk menguasai Qiraat al-Quran. Barulah dia belajar Tarannumnya dan Tilawah.

Beberapa tahun mendatang darinya, dia sudah boleh membaca dan menguasai Qiraat kitab suci Yang Maha Tinggi lagi Terpuji itu. Ayahbondanya menyokong kegiatannya menyertai pertandingan berorientasikan al-Quran.

Sepanjang ingatanku terhadapnya, dia pernah ikut Pertandingan Bercerita Sirah dalam al-Quran sekali. Tetapi, Ihtifal Tilawah itu menjadi prioriti utamanya. Dia perlahan-lahan merangkul tempat yang tertinggi hinggalah pada suatu tahun, dia Johan Tilawah al-Quran Peringkat Daerah, Bahagian, Negeri, dan tempat ketiga di peringkat nasional. Allah Maha Adil lagi Pemberi Rezeki.

Dia berjaya mencipta nama dan jaya di kala sekolah rendahnya di Desa Lingga Baru itu hanya ada beberapa orang kawannya yang menjadikan ketaudihan kepada Allah Yang Esa itu agamanya. Selanjutnya, ramai kawan sekolah rendahnya itu bukan Islam. Apapun, dia tetap mendapat didikan agama, di sebuah madrasah di Tamparuli.

Begitulah lisannya bercerita tentang dirinya.

Aku hanya mengetahui tentangnya ketika menghadiri Majlis Khatam al-Quran di sebuah dewan di bonda negeri Sabah. Aku berkenalan terlebuh dahulu dengan ayahbondanya yang ketika itu duduk bersebelahan denganku. Kedua-duanya.

Sementelahan itu, aku pun mengenalinya pula. Dia masuk kemudian sedikit dari yang lain. Akan tetapi, ilmu seninya dan pengalamannya tetap menjadi keraian madrasah diniah, tempat pengajiannya. Pada tahun 2009, dia mendapat semua A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Di waktu sekolah mengetahui seni yang dia ada, seni itu kemudiannya digarap, menjadikan dia itu seorang pelajar yang melestari seni Tilawah al-Quran. Aku, guru mudanya, menghargai seorang "murid" (sahabat) yang memiliki seni itu.

Dengan usaha yang digarapnya, dalam acara yang sama yang dianjurkan oleh 3 organisasi yang berbeza, kesemuanya dia adalah juara.

Pada suatu pagi, baru-baru ini, aku menemuinya yang serba keputihan, hampir seperti pakaian munakahat. Apapun, seninya turut dihargai di daerahnya.

Iktibar untukku - Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kita hanya menghargai seorang ahli seni Qurani, tapi sejarahnya kurang orang ketahui. Setakat ilmiahku, beginilah.

Terkenang sebuah memori lalu...


Perumahan Hospital Tuaran, Sabah.
Jumaat, 16 Disember 2011, jam 3.31 petang.

Comments