Satria Negara


(Buat para staf dan sukarelawan keselamatan dan berpakaian seragam senegara; juga kepada wira dan wirawati Program Latihan Khidmat Negara.)

Menghadap satria negara
doaku mogakan kalian sihat sentiasa
mensatriakan diri untuk membenteng negara.


Semoga satria negara, sahabatku
senantiasa diterima usaha kegigihannya
bersiaga di padang rata
di mes pahlawan diraja
juga bersiaga di atas samudera raya
juga bersiaga di langit, di angkasa raya
agar dapat melawan ombak bergelora meninggi
yang tetap wujud di hadapan diri dan nusa.

Andai para perajurit dan satria
ditakdir gugur di tengah persada
jihad di persiaran Yang Maha Esa
biarpun yang menyayang tetap berduja sedih
namun sebenarnya bergembira syukur
kerana yang disayangi itu berjaya juangnya di mata Ilahi
mereka pun mahu meneladani dirimu.

Mereka pun mengejar
menang atau syahid
tiada istilah kandas dan tewas
dalam kamus perjuangan.

Kami berdoa
semoga nama-nama satria negara
mekar dalam diri
mengharum mewangi taman hijau senusa.
Semangatmu
mengaspirasi roh jihad semua.
Keberanianmu berjihad
menjadi kecintaan Allah jua.

Semoga berjaya akhirnya.

Perumahan Hospital Tuaran, Sabah.
Sabtu, 31 Disember 2011, jam 7.23 malam.

Comments