Puisi Taubat (الإعتراف)

الهى لست للفردوس أهلا
ولا أقوى على نار الجحيم
فهب لى توبة و اغفر ذنوبى
فانك غافرالذنب العظيم

Tuhanku! Aku tidak layak untuk masuk ke dalam syurga Firdaus.
Namun, aku sanggup untuk menanggung azab pedih api neraka. 
Maka, terimalah taubatku dan ampunkanlah dosa-dosaku
kerana sesungguhnya Engkaulah yang Maha mengampuni dosa yang besar.

ذنوبى مثل اعداد الرمال
فهب لى توبة يا ذاالجلال
وعمرى ناقص فى كل يوم 
وذنبى زائد كيف احتمال

Dosa-dosaku terlalu banyak seumpama pepasir.
Maka, terimalah taubatku, ya Allah, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran.
Umurku setiap hari semakin berkurangan
sedangkan dosaku semakin bertambah; Bagaimana aku mampu menanggung ini semua?


الهى عبدك العاصى اتاك
مقرا بالذنوب وقد دعاك
فان تغفر فانت لذاك اهل
فان تطرد فمن أرجو سواك

Tuhanku! HambaMu yang derhaka datang kepadaMu
dalam keadaan benar-benar insaf dan mengakui dengan sekelian dosa yang ada, sesungguhnya hambaMu ini berdoa dan merayu kepadaMu.
Jika engkau mengampuniku, maka Engkaulah yang selayaknya berbuat demikian. 
Tetapi, engkau usir daku dari sisiMu, ya Allah, maka kepada siapa lagi yang kami harapkan kalau tidak kepadaMu?

Comments