Perutusan Tahniah atas Kecemerlangan PMR 2011


بسم الله الرحمن الرحيم
سلام الله عليكم ورحمته وبركاته

Alhamdulillah. Hari ini, setiap yang cemerlang pasti bergembira dengan kejayaannya.

Saya ingin mengucapkan tahniah terlebih dahulu kepada sekolah saya, SMKA Kota Kinabalu (SMKAKK), kerana melahirkan 13 orang pelajar yang mendapat 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, dan kerana mencatat kualiti penialain pelajar yang baik. SMKAKK mendapat Gred Purata Sekolah (GPS) bagi PMR 2011 sebanyak 1.4.


Sekalung ucapan tahniah saya sampaikan kepada semua pelajar yang mendapat 9A, antaranya termasuklah Nurul Shazleen Rozin, Riyadhina Husniyati Shafie, Nurul Akhma Nordin, Zarith Noor Zuamin, Nur Amera Jerina Roger, Tarmizi Izzat Ismail, Muhammad Hazman Saafie, Mohd. Baharin Mohd. Yunus, Amir Fuad Hj. Mad Amin, Hani Afishah Atirah Ahmad Fauzi dan Nurhana Hj. Akriah.

Kepada yang mendapat 7A dan 8A PMR di SMKAKK, sekalung tahniah jua diucapkan. Kepada yang kurang berjaya, gagal sekali bukan bererti kegagalan abadi. Teruskan berusaha dan berdoa, kerana Allah itu selamanya ada. Tuhan itu dekat.

Kepada adik-adik saya, 20 orang pelajar 9A di SMKA Tun Ahmadshah (SMKA TUNAS), Kota Kinabalu; sekalung tahniah juga diucapkan. Kepada SMKA TUNAS, sesungguhnya impian Pengetua lepas, Ustaz Idrus Abdul Rahman, yang mengimpikan 20 orang pelajar PMR mendapat 9A pada tahun 2007, akhirnya tercapai di zaman pemerintahan Pengetua, Dr. Mohd. Kassim Tusin, pada tahun 2011 ini. Tahniah setinggi-tingginya. Saya masih ingin mengetahui rakan-rakan pelajar yang mendapat 9A di SMKA TUNAS.

Ucapan tahniah juga saya ingin sampaikan kepada sahabat saya di SMKA Limauan, saudara Mohd. Fikri Mahmuda kerana mendapat 9A, dan saudara Mohd. Syahrul Niezam Salim dari SM Sains Labuan kerana mendapat 7A 1B.

Ucapan tahniah juga saya ingin sembahkan kepada warga sekolah-sekolah yang cemerlang dalam PMR 2011 ini. Antaranya, SMKA Tun Ahmad Zaidi, Kuching, Sarawak (30 orang 9A); SMKA Limauan, Papar, Sabah (4 orang 9A dan 8 orang 8A); SMK Badin, Tuaran, Sabah (Seorang 9A dan lebih 10 orang 8A); SMK St. John, Tuaran, Sabah (12 orang 8A); SMKA Datuk Hj. Abu Hassan Sail, Rembau, Negeri Sembilan (40 orang 9A); SM Sains Labuan (45 orang semua A); Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu, Papar, Sabah (82 orang semua A); SM Sains Sabah, Kota Kinabalu, Sabah (74 orang semua A) dan SMKA al-Irshad, Kepala Batas, Pualu Pinang (71 orang 9A).

Untuk perhatian, sebentar tadi, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Kinabalu, Tuan Hj. Bad Hamid Hj. Musli dalam kenyataannya tadi, turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Pengetua dan guru-guru di dalam daerah Kota Kinabalu yang telah berjaya mencatatkan kecemerlangan dalam PMR. Turut mengucapkan tahniah ialah Pengarah Pemimpin Kemajuan Rakyat, Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Aliasgar Hj. Basri.

Akhirnya, saya berdoa semoga kejayaan yang dikecapi terus berkesinambungan dan direstui Allah. Teruskan hidup dan berjaya hasil doa, usaha, ikhtiar dan tawakal kepada Allah SWT.

Sekian perutusan, terima kasih.

AWANG ABDUL MUIZZ BIN AWANG MARUSIN
Tuaran, Sabah

22 Disember 2011

Comments