Kenyataan Rasmi sempena Tamat Persekolahan

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim.

Alhamdulillah, pada hari ini (13 Disember 2011), saya secara rasminya menamatkan pengajian di SMKA Kota Kinabalu (SMKAKK), Sabah dan saya hari ini adalah seorang daripada ribuan alumni di SMKAKK. Saya amat menghargai jasa-jasa dan budi-budi yang disumbangkan oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua, guru-guru, warga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), para kakitangan pelaksana, pengkhidmat sokongan swasta dan rakan-rakan pelajar SMKAKK kepada saya sepanjang berada di SMKAKK. Terima kasih kalian semua.


InsyaAllah, saya dengan izin Allah SWT, ingin terus menyumbang kepada kemajuan SMKAKK sebagai seorang bekas pelajar dan seorang Alumni Duta Gemilang Imtiyaz (DGi). Bagaimanapun, saya belum bersedia memberi pernyataan tentang saya dan SMKA Tun Ahmadshah (TUNAS). Oleh sebab pentadbiran yang serba baru walaupun guru-guru saya di SMKA TUNAS masih orang lama, saya belum mampu memberi apa-apa respon kepada diri saya sendiri tentang saya dan SMKA TUNAS. Saya akan cuba merespon tentang saya dan SMKA TUNAS selewat-lewatnya April depan.

Sehubungan dengan berakhirnya persekolahan saya pada hari ini, saya ingin menyatakan kesediaan saya untuk aktif dalam mengahlikan diri dalam Ikatan Penulis Sabah (IPS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Saya ingin memberikan keutamaan kepada IPS atas hubungan saya dengan pimpinan IPS sejak tahun 2009.

Sempena dengan hari ini juga, saya dan keluarga, bersama-sama merafak sembah, menjunjung kasih ke hadrat Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Sultanah Terengganu, al-Wathiqu billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi billah Shah dan Sultanah Nur Zahirah, atas pemerintahan baginda berdua sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang adil, berhemah dan disenangi rakyat jelata. Baginda berdua tamat pemerintahan di atas takhta Kerajaan Persekutuan pada 12 Disember 2011.

Saya juga merafak sembah setinggi-tinggi tahniah ke hadrat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Sultanah Kedah, Sultan al-Mu’tasimu billah Muhibuddin Tuanku al-Haj Abdul Halim Muadzam Shah ibni al-Marhum Sultan Badlishah dan Sultanah Hjh. Haminah Hj. Hamidun atas pertabalan baginda berdua sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang baru; dan ke hadrat ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah atas permasyhuran sebagai Pemangku Sultan Kedah mulai 13 Disember 2011.

Semoga Allah menaungi baginda sekalian dengan rahmat dan kasih sayangNya.

AWANG ABDUL MUIZZ BIN AWANG MARUSIN
Tuaran, Sabah
11 Disember 2011

Comments