Yang Jauh Ingin Selalu Dekat

Seorang yang dahulu dekat
kini sudah kejauhan
dari mata mereka
dan sanubari mereka

Dia ingin nian kembali
selalu dekat
walau tidak di kalbu
cukup di penglihatan
sekadar mengubat kerinduan
cukup mencorak kemesraan
sekadar membungakan senyuman.

Kerana dia juga manusia
seperti mereka
perlu suatu masa perlu bersatu semula
yang juga memohon harapan
dan mendoakan keazaman
agar suatu masa
mereka akan bersama semula.

Perumahan Hospital Tuaran, Sabah.
Ahad, 27 November 2011, jam 7.47 malam.

Comments