Majlis Graduasi Pelajar SPM & STPM SMKAKK 2011

Muizz selepas menerima
Sijil Graduasi SMKAKK
Majlis Graduasi Pelajar SPM & STPM SMKA Kota Kinabalu (SMKAKK) kali ke-3 telah selamat diadakan pada hari Khamis, 3 November 2011, di Dewan Ibnu Taimiyyah, SMKAKK. Majlis dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Sabah, Tuan Hj. Saifulzaman Sangul, yang bertindak sebagai Canselor Graduasi. Turut hadir, Naib Yang DiPertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKAKK, En. Osman Banson; dan Pengetua SMKAKK, Pn. Jaimis Saiman.

Seramai 122 orang pelajar peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerima Sijil Graduasi masing-masing. Saudari Nur Qhairunnisa Jeperih menerima Anugerah Ibnu Khaldun, manakala saudari Nurul Fadhilah Alias menerima Anugerah Ibnu Sina sempena Majlis Graduasi ini. Mereka berdua menerima Sijil Graduasi Pencapaian Kelas Pertama, manakala 12 orang pelajar menerima Sijil Graduasi Pencapaian Kelas Kedua.

11 orang pelajar diiktiraf Pencapaian Kepujian, 60 orang pelajar diiktiraf Pencapaian Harapan dan 27 orang pelajar diiktiraf Pencapaian Lulus. Pengiktirafan diberikan berdasarkan gred purata pelajar (GPP) dalam peperiksaan terakhir sebelum menghadapi peperiksaan SPM dan STPM, masing-masing akan berlangsung bermula 14 dan 21 November ini.

Kira-kira 300 orang hadir menyaksikan Majlis Graduasi, terdiri daripada Ahli Jawatankuasa PIBG, ibu bapa pelajar dan pelajar. Majlis Graduasi dihiburkan dengan muzik tradisional yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar SM Sains Sabah (SMESH), mengiringi Istiadat Graduasi.

Comments