Harapan 1 Malaysia

Di wajah suci anak-anak ini
kulihat sinar
Di hati murni mereka
terpahat sebuah impian

Andai sengketa membelenggu sesama
andai kerakusan menguasai kita
ke manakah tumpah harapan mereka?


Kerana
di bahu kitalah terpikul segunung amanah
di jemala kita terjunjung selaut ikrar
melunas sumpah, menunai janji

Ayuhlah
rakan dan taulan
sahabat dan saingan
lupakan beza, lebihkan menerima
bertatihlah bersamaku
kita berjalan seiringan
kita melangkah sehaluan

Satu suara
satu impian
satu harapan
Satu Malaysia!

Hj. Mohamad Najib bin Hj. Abdul Razak, DK (Pahang) SSAP MP
Perdana Menteri Malaysia

Lupakan beza, lebihkan menerima

Kita berjalan seiringan, kita melangkah sehaluan

Comments