Sultan Kedah ditabal Yang DiPertuan Agong untuk kedua kali

Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytiharkan pemilihan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, sebagai Yang DiPertuan Agong yang baru berkuatkuasa 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun. Baginda akan menggantikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang akan tamat pemerintahannya sebagai Yang DiPertuan Agong pada 12 Disember ini.



Sultan Muhammad V
Sementara itu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, dipilih menjadi Timbalan Yang DiPertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini. 

Comments