Sekolahku Sebuah Negara

Sekolahku adalah sebuah negara ilmu
yang beracuankan sebuah republik
Pengetua adalah seorang presiden negara ilmu
kepala negaranya dan kerajaannya.


Penolong Kanannya adalah naib-naib presiden
staf-stafnya adalah para gabenor dan setiausaha negara
Ketua Pelajar adalah perdana menterinya
sedang pengawasnya itu Senator, sebahagiannya adalah menteri
sedang ketua-ketua kelas itu ketua menteri wilayah
boleh jadi ia seorang ahli Dewan Rakyat
mewakili kelas, wilayahnya
maka para pelajar adalah rakyat nusa hikmah.

Sebelum warga sekolah akan bangkit mentadbir negara
menjadi masyarakat wibawa
menyandang kepimpinan pendeta
maka sekolahku adalah sebuah negara ilmu
rakyatnya dilatih dan dididik bermasyarakat dan berilmu
sebelum dilepaskan menjadi patriot nusa merdeka
kerana nusa kita itu peranan kita
maka kitalah warganya yang mewarisi sebenar-benar sebuah negara.

Negara ilmu itu megah
dengan kependetaan warganya dalam pelbagai lapangan
maka majulah warga untuk negara.

Negara ilmu itu merdeka
dengan ketertinggian sahsiah warga.
Benar negara ilmu itu merdeka
kerana kolonisasi itu bukan kita
bukan untuk kita
tetapi perlembagaan dan akta
membedakan kemerdekaan warga.

Negara ilmu ini kekallah merdeka
dengan membawa bersama sebuah bitara
kerana nusa hikmah ini tetap wujud
hingga masa muka
zama pasca perdana.

Kelas Tingkatan 5 Tarmizi, SMKA Kota Kinabalu, Sabah.
Khamis, 20 Oktober 2011, jam 10.00 malam.

Comments