Sahabatku Putera Puteri Tun Zaidi

(buat warga SMKA Tun Ahmad Zaidi, Kuching, Sarawak)

Semoga putera puteri Tun Zaidi
terus menyemai semangat jasa seorang anak jati
kesaktian negarawan berbudi, pemimpin pekerti
membawa bersama roh kedinian dan kebangsaan
bahawa setiap anakanda di Madrasah Tun Ahmad Zaidi
yang berpusat menuntut ilmu di permukiman Samariang
menjadi kesyukuran dan kebanggaan seluruh warga watan
bersama rahmat dari Ilahi.


Umum itu alim bahawa
Tun Ahmad Zaidi itu wirawan Bumi Kenyalang
putera Muhammed Noor itu adalah nama agung sebuah gedung hikmah
maka kekallah warga madrasah itu terdidik sebagai agamawan
yang mampu bersaing dan terus gah di astaka perdana.

Sahabatku, putera puteri Tun Zaidi
kekallah Bumi Kenyalang terus bertuah
kekallah madrasah itu cemerlang di setiap bidang
guru-guru tetap infiniti jasanya kepada yang dididik
bersama bantuan para kakitangan yang turut berjasa
bangga sang ayahbonda kerana zuriat mereka di puncak jaya

Kami menabikmu.

5 hingga 22 Oktober 2011.

Comments