Friday, 21 October 2011

Mencintai Bahasa Dhad melalui Sasteranya

Mengkaji bait demi bait puisi Arab. Saya cuba mengkaji maksud sebenar puisi demi puisi ini. Bahasa Arab ternyata indah kerana Allah itu indah dan cintakan keindahan.



Puisi tentang Perjuangan

وطني دعاني للجهاد فلا اني
يوماً ولا أخشى اشد صراع
وعلام أخشى الموت وهو محتم
وله وان طال الزمان دواعي

Negaraku memanggiku berjihad. Maka aku sesungguhnya...
... suatu hari nanti aku tidak takut pada konflik yang besar.
Dan mengapa aku harus takutkan kematian sedang ia tetap datang
walaupun ia datang dalam waktu yang panjang?


Puisi tentang Ilmu

أخي لن تنال العلم إلا بستةٍ 

سأنييك عن تفاصيلها ببيـان
ذكاء وحرص واجتهاد وبلغه 
وصحبة استاذٍ وطول زمان 

Saudaraku, kamu tidak akan mendapat ilmu melainkan enam sebab.
Aku akan terangkan kepadamu sejelasnya.
Kerana kepandaian, kewaspadaan, kerajinan berusaha dan kecukupan;
Mensahabati guru dan berterusan.

Puisi Arab yang saya pernah tulis:

Oh Guruku (يا معلمينا)

يا معلمينا لكم إختبارا
دائما فصبرتم صبرا
ولكن الله كان لكم نصيرا
في العمل وشكرلكم شكورا


Wahai guru-guruku, padamu ujian...
...selalunya maka kamu bersabar dengan sabar.
Akan tetapi, Allah itu padamu penolong...
...dalam pekerjaan dan Dia berterima kasih dengan sepenuh kesyukuran.



إنا طلبة كنا لكم عبادا 
فنطيعكم لحصول علما نافعا
وما لنا شئ إلا شكرا
واسعد الله حياتكم جميعا  


Sesungguhnya, kamilah pelajar yang memperhambakan diri kepadamu.
Maka kami mentaatimu untuk mengecap ilmu yang bermanfaat.
Kami tiada apa-apa pemberian melainkan ucapan terima kasih...
...dan doa semoga Allah membahagiakan hidupmu semuanya.

0 comments:

Post a Comment