Lawatan SMKA TUNAZ ke Sabah

Berikut disertakan tentatif lawatan SMKA Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ) ke Sabah. Kontinjen SMKA TUNAZ yang diwakili oleh 38 orang guru dan pelajar yang menyandang kerusi ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sekolah tersebut, diketuai oleh Ustaz Mohd. Zamri Ariffin.



Tarikh
Masa
Acara
Sabtu, 1 Oktober
9.00 pagi
Kontinjen SMKA Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ) tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.
10.00 pagi
Kontinjen SMKA TUNAZ dijangka melawat Muzium Negeri Sabah.
12.30 tengahari
Kontinjen akan tiba di SMKA Kota Kinabalu (SMKAKK). Asrama SMKAKK dijadikan pusat penginapan kontinjen.
8.00 malam
Para perwakilan dari SMKAKK dan SMKA TUNAZ akan menghadiri Sidang Kemuncak SMKA TUNAZ – SMKAKK (Hari ke-1) di Bilik Gerakan Syed Qutb (SQ), SMKAKK.
Ahad, 2 Oktober
8.00 pagi
Kontinjen SMKA TUNAZ dijangka melawat Taman Hidupan Liar Lokkawi, Papar, Sabah.
Tengahari hingga malam
Kontinjen SMKA TUNAZ akan menziarahi sekitar bandaraya Kota Kinabalu termasuk Pasar Kraftangan dan Pasar Malam.
Isnin, 3 Oktober
8.00 pagi
Kontinjen SMKA  TUNAZ akan mengadakan kunjungan ke SMKA Tun Ahmadshah (TUNAS), Inanam, Kota Kinabalu. Para perwakilan SMKA TUNAS dan SMKA TUNAZ seterusnya akan menghadiri Sidang Kemuncak SMKA TUNAZ – SMKA TUNAS. Ahli persidangan dijangka akan dibawa melawat sekitar SMKA TUNAS.
2.00 petang
Kontinjen SMKA TUNAZ dijangka mengadakan kunjungan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS), Teluk Sepangar, Kota Kinabalu.
Selasa, 4 Oktober
8.00 pagi
Para perwakilan dari SMKAKK dan SMKA TUNAZ akan menghadiri Sidang Kemuncak SMKA TUNAZ – SMKAKK (Hari ke-2) di Bilik Gerakan Syed Qutb (SQ), SMKAKK. Ahli persidangan akan dibawa melawat sekitar SMKAKK.
2.00 petang
Kontinjen SMKA TUNAZ akan berlepas pulang ke Kuching, Sarawak.


Lawatan ini dijayakan oleh sekumpulan urusetia berikut:

Ketua Urusetia
Pn. Siti Khadijatul Akmar Shoib, Penolong Kanan Tingkatan 6, SMKAKK

Istiadat dan Protokol
Pentadbiran SMKAKK (untuk program di SMKAKK)
Pentadbiran SMKA TUNAS (untuk kunjungan ke SMKA TUNAS)
MPP SMKAKK (untuk program di SMKAKK)
UMS (untuk kunjungan ke UMS)

Pengangkutan
Unit Kenderaan, SMKAKK
AirAsia

Penginapan
Urusetia Asrama, SMKAKK

Sajian
Urusetia Asrama, SMKAKK
Syarikat Megat Hebat
Syarikat AWDA Marketing

Tugas Khas
MPP SMKAKK

Comments