Yang Senang Pasti Dimudahkan

Alhamdulillah, datuk saya, Hj. Ismail Ali telah didiscaj daripada Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada jam 2.00 petang, hari Khamis, 8 September 2011, setelah seminggu berada di Wad Dahlia, HTAN. Saya dengan selamatnya telah pulang ke Sabah pada pagi hari yang sama sebelum datuk saya didiscaj dari HTAN.Saya berterima kasih kepada pihak sekolah kerana menerima maklum akan kelewatan saya pulang ke asrama SMKA Kota Kinabalu (SMKAKK) pada hari Jumaat, 2 September 2011. Saya juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan datuk saya. Semoga Allah membalas budi baik kalian dengan ganjaran berlipat kali ganda.

Saya juga berterima kasih kepada semua yang menjunjung ziarah sempena Aidilfitri pada 30 Ogos hingga 1 September yang lalu. Kami menjemput semua yang berkesudian untuk hadir menyambut Syawal di Tuaran, Sabah, pada Sabtu, 17 September 2011.

Comments