Syukur dengan Kebebasan Berdakwah

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana SMKA Kota Kinabalu (SMKAKK) melalui Surau ar-Rahman, kelmarin, mengalu-alukan tazkirah oleh saudara Harundin Abdul Shukur, pelajar tingkatan 1 Muslim. Beliau yang baru dilantik sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SMKAKK untuk sesi 2011/2012 sekitar Ogos lepas, menyampaikan tazkirah mengenai Adab dengan Ibu Bapa.


Saudara Mohd. Aliffnazmi Ladin dalam kenyataannya kelmarin berpendapat bahawa tazkirah yang disampaikannya dilihat lebih baik daripada tazkirah yang disampaikan oleh pelajar senior lain. Rata-rata pelajar yang ditemuramah menyambut baik tazkirah Harundin. Sebelum itu, permintaannya untuk menyampaikan tazkirah kelmarin diberi lampu hijau oleh saya dan pemimpin pelajar yang lain. Rata-rata pemimpin pelajar yang ditemui, termasuk Presiden MPP SMKAKK, saudara Ridzqan Wirahadi Kusuma Usup; timbalannya, Zulkiflee Yappi dan salah seorang Exconya, Mohamad Aminuddin Mohamad Nasir, tidak ada apa-apa halangan untuk membenarkan beliau menyampaikan tazkirah kelmarin.

Tambahan dari kenyataan saya di atas, mulai kelmarin, galakan dakwah diberikan kepada pelajar junior sebagaimana galakan dakwah diberikan kepada pelajar senior secara terbuka. Kita tidak menafikan bahawa pentadbiran Surau ar-Rahman menjadualkan tazkirah kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 serta Ahli Jawatankuasa Badan Dakwah dan Kerohanian. Namun, bagi saya, selagi seseorang berilmu, maka hak ke atasnya untuk menyampaikan ilmu tersebut.


Comments