Sekolahku Bertuah

Sekolahku adalah tanah bertuah
dijunjung tinggi dan mulia
mengilham mencipta budi pada semua
kerana Tuhan Yang Esa.


Sekolahku dicipta untuk kecemerlangan
pelajar pemangkin kegemilangan
guru pemandu keterbilangan
warga hidup dengan kesyukuran.

Intelek, emosi, rohani, jasmani
moga terdidik ke arah kejayaan
menjadi kebanggaan seluruh warga watan
bersama rahmat dari Ilahi

Guru pembina rakyat dan nusa
berilmu, membimbing sebagai jasa
junjung kasihmu dari semua
kerana sebuah bitara.

Semoga sekolahku terus bertuah
hingga dijulang mulia
setelah mencipta budi pada semua
kerana Tuhan Yang Esa.

Asia City, Kota Kinabalu, Sabah,.
Sabtu, 1 Oktober 2011, jam 11.07 pagi.

Comments