Sunday, 4 September 2011

Al-Fatihah buat Asy-Syahid Noramfaizul

Al-Fatihah buat asy-Syahid Noramfaizul Mohd. Nor yang mati ditembak di Mogadishu, Somalia pada hari Jumaat, 2 September 2011. Takziah kepada keluarga Allahyarham. Perdana Menteri dalam keterangannya mengenai isu ini, mengumumkan penghormatan ketenteraan kepada al-Marhum. Jenazahnya akan dimakamkan di Makam Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor, hari ini.



Perdana Menteri dalam kenyataannya, merasakan negara kehilangan seorang pengamal media yang berani.
Selamat pulang kepada sukarelawan Malaysia di Somalia. Keluar mereka ke jalan Allah kerana membantu saudara seIslam di Somalia.

Saya harap perkara ini tidak dipolitikkan kerana perkara ini merupakan isu kesukarelaan. Benar kata orang, bantu diri sebelum bantu orang lain. Namun, sekurang-kurangnya usaha ini biar diterima Allah SWT. Tidak perlu menjadi persoalan kematian al-Marhum atau ukuran kejayaan misi. Tiada siapa perlu dipersalahkan.
Semoga sukarelawan terus membantu umat Malaysia dan umat Islam sedunia. Tahu berkata, tahu berkota. InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment