HIKMAH - Maka dengan sebab rahmat dari Allah (kepadamu, wahai Muhammad), engkau telah berlemah-lembut kepada mereka. Kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu, maafkanlah mereka; pohonkanlah keampunan untuk mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Apabila engkau telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertawakkal. (Surah Ali Imran, ayat 159)

Jumaat, 26 Ogos 2011

Kelahiran Anak-anak Baru

Alhamdulillah, segala puji bagiNya.
Saya telah menerima kelahiran 3 ahli keluarga baru.
TAHNIAH kepada yang berkenaan.

بورك لك في الموهوب وشكرت الواهب وبلغ رشده ورزقت بره


Semoga kamu diberkati Allah atas anak yang dikurniakan. Semoga kamu bersyukur atas kurniaan Maha Kurnia. Semoga anak itu mencapai dewasa. Semoga kamu mendapat kebaikan darinya.

Sepupu, Nurul Hizza Mohd. Azmi, selamat melahirkan puteri pertamanya pada 15 Ogos 2011 di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan. Nama diberi, Nur Alia Balqis binti Muhammad Fadli. 


Nur Alia Balqis binti Muhammad Fadli bersama ayahnya selepas kelahiran
Sepupu, Junaidah Kamal, selamat melahirkan puteri keduanya pada 16 Ogos 2011 di Hospital Kluang, Johor. Nama diberi, Nur Sri Ellyna binti Nor Azli. Setakat baru-baru ini, Majlis Doa Jamaie Kesyukuran sempena Kelahiran Nur Alia Balqis dan Nur Sri Ellyna telah diadakan pada 18 Ogos lalu di Surau ar-Rahman, SMKA Kota Kinabalu (SMKAKK), Sabah. Saya bagi pihak keluarga berkenaan berterima kasih kepada seluruh warga SMKAKK atas doa jamaie ini.

Nur Sri Ellyna binti Nor Azli


Berikutnya, sepupu, Noraida Daud, selamat melahirkan putera sulungnya pada 26 Ogos 2011 di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Nama diberi, Aniq Zafran Nufail bin Mohd. Zafuan. Sepupu ini berjaya melahirkan putera sulungnya setelah 6 tahun berumahtangga. Majlis yang sama di peringkat SMKAKK akan diadakan pada 4 September depan.

Aniq Zafran Nufail bin Mohd. Zafuan

Sementara itu, istiadat menyambut kelahiran 3 ahli keluarga baru belum ditentukan setakat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan