Hakikat Hijrahku

(dedikasi buat adik-adik junior di sekolahku)


Adindaku,
aku berterima kasih
kiranya maujud seorang aku di sini
disenangi dan diterima
sebagai hamba Ilahi


Berdiri diriku di sini
bukanlah untuk seketika
tegakku di bumi sebagai perindu
kebaikan dan kasih

Terima kasih, Tuhanku
memfadhilkan seorang aku
berhijrah ke sini
seperti suatu permintaan
hati kepada akal aku
kalbuku kepada fikiran lain
untuk mentahsin diri
jadilah yang ahsan kepada diri

Adindaku,
maafkan aku
kerna aku bukan yang ahsan untukmu
aku yang kini
bukan seperti yang dulu
dan menjadi sejarah

Aku yang dahulu
penuh dengan kedurhakaan
kepada pemerintah sekolah
meski jasa tetap jasa
membunga nama sekolah
kerana astaka nusa

Mengapa harus dicerita
sedang ada sejarah
yang lebih gembira
yang menggembirakanmu
atau harus menjadi ibrah
kepada yang ikhlas bertarbiyah
atau harus menjadi mazah
lawak ketertawaan
sedang sejarah lama
menginsafkan
biarpun saban hari
nafsu dan syaitan berkejaran
merebut takhta kehatian
dan keperibadian
sambil jua Hafazah
mempertahan kesucian
takhta kekalbuan

Hasanahmu ku lihati
lalu azamku
hasanahmu aku susuli
dengan yang setara
atau yang serupa

Terima kasih
andai aku diterimamu
walaupun sebagai hamba Ilahi
yang dikasihi.

Perumahan Hospital Tuaran, Sabah.
Ahad, 28 Ogos 2011, jam 1.23 pagi.

Comments