Posts

Showing posts from August, 2011

Majlis Menjunjung Ziarah Aidilfitri

MAJLIS MENJUNJUNG ZIARAH AIDILFITRI 1432

Selasa hingga Khamis, 30 Ogos hingga 1 September 20119.00 pagi hingga 11.00 malamKampung Acheh, Kuala Sungai Dua, Kuala Pilah, Negeri SembilanMAJLIS MENJUNJUNG ZIARAH SYAWAL 1432 DAN HARI MALAYSIA 2011 Sabtu, 17 September 20119.00 pagi hingga 9.00 malamKuarters Hospital Tuaran, Sabah

Salam Aidilfitri

Image

Hakikat Hijrahku

(dedikasi buat adik-adik junior di sekolahku)


Adindaku, aku berterima kasih kiranya maujud seorang aku di sini disenangi dan diterima sebagai hamba Ilahi

Perutusan sempena Aidilfitri 1432 dan Kemerdekaan Malaysia ke-54

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat, Yang Berbahagia dan Yang Berusaha Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-tuan dan puan-puan, Saudara saudari sekalian.
Alhamdulillah. Dulu, kini dan selamanya, kita memanjatkan setinggi penghargaan dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas limpah kurniaanNya. Kasih sayang Allah memungkinkan kita kini sudah berada di penghujung Ramadhan dan tidak lama lagi akan berada di bulan Syawal. Tidak dilupakan, selawat dan salam dipanjatkan ke hadrat Rasulullah SAW, kaum keluarganya dan para sahabatnya yang budiman.
Terlebih dahulu, saya ingin menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang dengan ucapan Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenali saya. Saya berterima kasih kepada semua yang mengirim ucapan mahupun mengirim kad Aidilfitri kepada saya kali ini.

SMKA Tun Ahmad Zaidi kini SABK Tun Ahmad Zaidi

Image
Saya masih ingat lawatan saya ke SMKA Tun Ahmad Zaidi (SMKA TUNAZ), Kuching, Sarawak pada 8-12 Julai 2009. Ketika itu, pengetuanya yang saya kenal, Puan Hjh. Amnah Salleh. Namun, beliau sudah pencen pada 14 Januari 2011 dan digantikan oleh Pn. Affida Helmi dari SMKA Tun Ahmadshah (SMKA TUNAS), Kota Kinabalu, Sabah.

Terkini, beritanya, SMKA Tun Ahmad Zaidi kini berstatus Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dengan nama SABK Tun Ahmad Zaidi. Alamat masih sama, Jalan Sultan Tengah, Kuching. Berita ini baru saya ketahui kelmarin. Apapun, saya yang mempunyai hubungan yang agak istimewa dengan warga TUNAZ ini bersetuju sekiranya SMKA TUNAZ menjadi SABK.

Kami Sangka Kami Dilupakan

Image
Ramai mungkin masih ingat akan kisah pelajar cemerlang SMKA Tun Ahmadshah (SMKA TUNAS) pada tahun 2007, ketika itu SMKA TUNAS bernama SMKA Inanam (SEMAI).
Pengetua SEMAI ketika itu, Ustaz Idrus Abdul Rahman menyampaikan penghargaan kepada seorang pelajar yang berpindah ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) Bukit Piatu, Melaka. Memang patut pelajar ini dihargai. Ketika beliau di SEMAI, beliau adalah pelajar cemerlang akademik, kokurikulum dan kepimpinan. Kebanggaan SEMAI ketika itu.
Cerita beliau yang terakhir sekali diketahui - menuntut di Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang (KMTP).

Setelah Setahun...

Setahun sudahpun menjadi yang silam. Kalau orang bertanyakan khabarku, aku seindah biasa, Alhamdulillah. Tidak terlalu gembira, tidaklah terlalu duka.