Majlis Ihtifal IPA Negeri Sabah 2011

Majlis Ihtifal Institusi Pendidikan Agama (MIIPA) Negeri Sabah telah diadakan dengan jayanya pada hari Sabtu, 2 Julai 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kota Kinabalu, Sabah. Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Kinabalu dan Penampang merupakan tuan rumah bersama MIIPA Negeri Sabah 2011. Perasmiannya disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Puan Hjh. Maimunah Suhaibul. Turut hadir, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Kinabalu, Tuan Hj. Bad Hamid Musli dan timbalannya, Puan Wanihim Othman; Pemangku Ketua, Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pelajaran Sabah, Tuan Hj. Saifulzaman Sanggul dan Penolong Kanan Tadbir dan Akademik, SMKA Kota Kinabalu (SMKAKK), Cik Kertina Madun.




Sebanyak 6 acara telah dipertandingkan yang melibatkan kategori Menengah Bawah dan Menengah Atas. Acara yang dipertandingkan ialah acara Qiraat Sab'ah bit Tarannum (Bacaan al-Quran 7 Imam Berlagu), Hafazan, Hiwar (Perbualan Bahasa Arab), Kalimatus Sobah (Pidato Spontan Bahasa Arab), Kuiz Ilmu Wahyu dan Kuiz Bahasa Arab. SMKAKK diwakili oleh Mohd. Said Rifqi Mohd. Mursal (acara Hafazan Menengah Bawah), Mohd. Izharuddin Mohamad (acara Hafazan Menengah Atas) dan Shah Rehan Lee Sapili (acara Kuiz Ilmu Wahyu Menengah Atas).

Dalam MIIPA Negeri Sabah kali ini, Kawasan Tawau (Zon Tenggara) dinobatkan johan keseluruhan MIIPA Negeri Sabah.

Tahniah saya ucapkan kepada:

  • Fakhrullah Akmal Kamal (SMKA Limauan), Johan Kalimatus Sobah (A)
  • Mohd. Fikri Mahmuda (SMKA Limauan), Ketiga Kalimatus Sobah (B)
  • Muhammad Aizuddin Mingu dan rakan-rakan (SMKA Limauan), Johan Kuiz Bahasa Arab (A)
  • Mohd. Said Rifqi Hj. Mohd. Mursal (SMKAKK), Johan Hafazan (B)
  • Mohd. Izharuddin Mohamad (SMKAKK), Ketiga Hafazan (A)
  • Shah Rehan Lee Sapili (SMKAKK); Mohd. Syahril Edeh dan Nur Madihah Mardhiah Mohd. Zulkifli (SMKA Tun Ahmadshah), Naib Johan Kuiz Ilmu Wahyu (A)
  • Mohammad Fauzi Acho (SMKA Tun Sakaran), Ketiga Kuiz Bahasa Arab (A)
  • Wafa Sarip; Nur Mahirah Kupri dan Ikhwani Surahman (SMKA Tun Ahmadshah), Johan Hiwar (A)
  • Semua peserta MIIPA Negeri Sabah yang tidak saya sebutkan nama mereka.
Dalam MIIPA kali ini, saya dipertemukan semula dengan sahabat-sahabat jauh dari SMKA Limauan, SMKA Sandakan, SMKA Tun Sakaran, SMKA Tun Said dan dari seluruh pelusuk negeri Sabah. Alhamdulillah. Saya masih kenal Waqiyuddin Hilmi Hadrawi., Alkaff Ahmad, Muhammad Aizuddin Mingu, Fakhrullah Akmal Kamal, Mohd. Fikri Mahmuda, Ustaz Nasir Rahmatullah dan ramai lagi.

Namun, pasti ramai yang tertanya, mengapa Muizz tidak menyertai MIIPA kali ini sedangkan Muizz pernah menyertai Ihtifal SMKA Malaysia 2009 mewakili Sabah dalam acara Kalimatus Sobah? Saya sudah PENCEN dan diucapkan SELAMAT BERSARA. Kasihan si Muizz. Itu baru di peringkat negeri. Saya harap peringkat kebangsaan tidak menantikan saya terutamanya yang dari SMKA Kedah sendiri kerana ada yang dari SMKA Kedah menantikan saya.

Saya sempat berbual dengan Fakhrullah Akmal tentang Kalimatus Sobah. Saya dari dahulu menjangkakan bahawa wakil SMKA Limauan akan menggantikan saya yang mewakili Sabah pada tahun 2009 dalam MIIPA Malaysia 2011. Jangkaan saya tepat dan harapan saya kepada sahabat saya telah Allah kabulkan.

Tapi, saya beruntung kerana dapat terlibat sedikit demi sedikit dalam MIIPA sebagai pembantu am Bilik Kuiz Bahasa Arab dan sebagai pemerhati dalam Istiadat Perasmian MIIPA Negeri Sabah, semalam. Sempena MIIPA Negeri Sabah, terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mengenali saya, semua yang ihsan dengan saya dan semua yang menerima serta membantu saya. Saya mempunyai komitmen lain dalam MIIPA Negeri Sabah apabila Seminar Pengajian Islam Menengah Atas SMKAKK diadakan pada hari yang sama di Dewan Asrama Putera, SMKAKK. Namun, saya bersyukur kerana SMKAKK berjaya mengadakan MIIPA Negeri Sabah kali ini.

Buat perwakilan Sabah ke MIIPA Malaysia 12/2011, selamat berjaya.

Comments