Dari Sahabat kepada Sahabat

Puisi ini ditulis ketika mempengerusikan Program Khidmat Masyarakat CISCO-SMKAKK dan Seminar Pengenalan Komputer CISCO System anjuran PIBG SMKAKK. Terkenang aku akan sahabatku di tengah pengajian... 

(i)
Tuhan,
terima kasih kerana mendengar suaraku
suara hatiku
benar kata sahabatku
"doa seorang sahabat
kepada seorang sahabat
lazimnya lebih makbul"



Benar kata sahabatku
apabila aku memohon
agar sahabatku dirahmatiMu
Engkau benar merahmati mereka
dengan sebuah kejayaan
walaupun yang hakikat
aku hanya mampu menumpang gembira
mendengar berita yang memungkinkan
aku senyum, hatiku.

Berikan aku peluang, Tuhan
untuk terus memberi dan berbakti
kepada setiap insan
yang mengasihiku keranaMu...

(ii)
Tahniah atas kejayaanmu, sahabat,
aku gembira mendengarkan berita itu
semoga Allah terus merahmatimu
Rahmati diriku jua, Tuhan.

Kasihani, oh Tuhan
setiap insan
yang menyayangiku...

(iii)
Sahabatku, maafkan salah silap aku
sepanjang musahabah ini
aku berjanji satu
aku akan terus teguh
meniti titian tarbiyah dan dakwah
supaya aku terus dekat padaNya

Sahabat,
demi Allah
kerana Allah
aku menyayangimu.

Dewan Ibnu Taimiyyah, SMKA Kota Kinabalu, Sabah.
Ahad, 24 Julai 2011, jam 2.33 petang.

Comments