Aku Mendahului Fakhrullah dan Hamizul

2 Julai 2011 - Saya menyaksikan Istiadat Perasmian Penutupan Majlis Ihtifal IPA (MIIPA) Negeri Sabah 2011 di Dewan Ibnu Taimiyyah, SMKA Kota Kinabalu. Fakhrullah Akmal Kamal (SMKA Limauan) diumumkan johan acara Kalimatus Sobah (A) dalam MIIPA Negeri Sabah 2011.


3 Julai 2011 - Saya yang berada di rumah menghubungi saudara Muhammad Firman Mohd. Siril Asror (SMKA Tun Ahmad Zaidi). Apabila bertanya tentang MIIPA Negeri Sarawak, Firman yang dihubungi melalui telefon bimbitnya memberitahu saya bahawa Mohammad Hami Hamizul Saimi diumumkan johan acara Kalimatus Sobah (A) dalam MIIPA Negeri Sarawak 2011.

20 Jun 2009 - Saya diumumkan johan Kalimatus Sobah dalam Majlis Ihtifal SMKA Negeri Sabah. Ibu bapa dan keluarga saya gembira mendengarkan berita ini kerana saya fikir senior saya dari SMKA Limauan memenangi acara saya. Ramai yang terkejut apabila pelajar Tingkatan 3 dapat mengatasi pelajar Tingkatan 4 dan 5.

6 Julai 2009 - 2 minggu selepas Majlis Ihtifal SMKA Malaysia, Pengetua SMKA Inanam yang menmbacakan keputusan Majlis Mesyuarat Pengetua SMKA Malaysia yang bersidang pada 29 Jun 2009 di Seremban, Negeri Sembilan mengumumkan bahawa saya memenangi tempat keempat dalam acara Kalimatus Sobah.

Sebab saya menulis tajuk artikel ini sebagai Aku Mendahului Fakhrullah dan Hamizul ialah saya adalah johan Kalimatus Sobah dalam MIIPA Negeri Sabah (dahulu disebut sebagai Majlis Ihtifal SMKA) 2009 dan mendapat tempat keempat dalam acara yang sama dalam Majlis Ihtifal SMKA Malaysia 11/2009. Fakhrullah menggantikan saya untuk 2011 yang akan bersaing dengan Hamizul dan peserta lain seluruh Malaysia.

Saya mendahului mereka pada tahun 2009, maka saya sudah merasa pengalaman yang akan mereka rasa dalam MIIPA Malaysia 12/2011 pada 17-21 Julai ini di SMKA Kedah, Alor Setar, Kedah. Pengalaman yang saya maksudkan ialah pertandingan yang sama dalam Majlis Ihtifal SMKA Malaysia 11/2009 yang telah berlangsung pada 25-28 Jun 2009 di SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban, Negeri Sembilan.

Apabila mengenangkan dua berita yang diterima dalam dua hari, saya beruntung kerana telah berkongsi pengalaman saya dalam MIIPA 2009 yang lepas. Pengalaman saya merupakan perkongsian saya dengan Fakhrullah Akmal (yang telah saya jangkakan kemenangannya dalam acara Kalimatus Sobah dalam MIIPA Negeri Sabah 2011) ketika MIIPA Negeri Sabah yang baru diadakan pada 1 dan 2 Julai lepas.

Sebelum itu, saya juga berkongsi sedikit pengalaman dengan Hamizul pada 25 Jun lepas.

"Kalimatus Sobah lebih mudah dari Debat," begitulah kata saya kepada mereka berdua pada tarikh yang berbeza.

Saya tidak merasa rugi kerana tidak sempat melihat persembahan Fakhrullah. Namun, saya juga beruntung kerana doa saya telah Allah makbulkan. Alhamdulillah. Rahmat yang Allah kurniakan dalam bentuk kemenangan merupakan suatu hadiah kepada Hamizul dan Fakhrullah.

Saya berdoa semoga Allah membantu mereka dalam persaingan dalam MIIPA Malaysia nanti.

Namun begitu, saya berharap agar saudara Muhd. Adzrall Adznan Mohd. Ayub (SMKA Kedah) yang menunggu saya di sana, dapat memaafkan saya kerana hajat tidak kesampaian. Akan tetapi, saya tetap redha dan qanaah dengan qadha dan qadar Allah.

Mabruk ala an-najah (Tahniah atas kejayaan). Yang penting, apa yang kamu buat ketika di peringkat negeri, kamu kekalkan atau perbaiki di peringkat kebangsaan nanti. Intro (mukadimah) kena berbunga sikit untuk menarik perhatian hakim dan pendengar. Persembahan kena tenang dan biasa-biasa. InsyaAllah, kamu ada harapan itu.

Begitulah nasihat seorang sahabat yang telah menempuh pengalaman kepada sahabat yang akan menempuh pengalaman.

Kerana saya mencintai sahabat saya kerana Allah.

Ya Allah, kekalkanlah cintanya, Amin.
Terima kasih kepada Fakhrullah yang menerima saya dan berkata, "Engkau jua sahabatku kerana Allah." Baru sebentar tadi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

NILAI MORAL - Nasihat itu sungguh bermakna. Bersahabat kerana Allah.

Comments

  1. Assalamualaikum , sy ni pelajar dari Johor .
    Sy akan menyertai pertandingan kalimatussobah peringkat negeri Johor tak lama lagi.
    Sy sebenarnya sedang mencari contoh2 teks kalimatussobah , tapi tiada .
    Ada siapa2 kat sini ada teks kalimatussobah tak ? Pertolongan anda amat diperlukan .

    ReplyDelete

Post a Comment