Wasiat Hassan al-Banna

Solatlah
apabila alunan mendayu
walau apa jua kondisi.

Bacalah kalam Allah
tatapilah kitab diniah
pergilah ke ceramah ilmiah
amalkan zikrullah
jangan buang waktu tanpa faedah.


Berbahasalah dengan Arab Fushah
kerana Arab Fushah
syiar Islam hakiki.

Jangan bertengkar
kerna sebuah perbalahan
tiada makna.

Kurangkan ketawa
kerna hati yang berwasilah dengan Tuhan
tenteram dan damai senantiasa.

Kurangkan percandaan
kerna mujahid itu tidak mengerti apa-apa
melainkan sebuah perjuangan.

Cakaplah ikut norma
kerna suara nyaring
itu sia-sia
lalu mengguris hati manusiawi.

Sudah-sudahlah mengumpat saudaramu
sudah-sudahlah mengecam perkumpulan lain
sudah-sudahlah berkata-kata
melainkan kalam yang berkebajikan.

Kenalilah saudara seagamamu
kerna dakwah itu
berpasakkan kasih sayang
dan kenal-kenalan.

Senarai kewajipan
mengatasi kuota masa
maka masa itu emas
dan biar realisasinya ringkas.

Perumahan Hospital Tuaran, Sabah.
Khamis, 2 Jun 2011, jam 11.26 malam.

Comments