Pertemuan Semula

Selamat pagi, dunia! Kalau meninta kalam di sini, sebenarnya masih dinihari sebab saya berada di seberang laut dan mampir dengan kampung halaman. Nilai, Negeri Sembilan. Kampung halaman (Kuala Pilah) dari sini hampir sejam dan 15 minit.

Saya masih kenal Muhammad Firman Siril Asror dan Mohammad Hami Hamizul Saimi. Takdir Allah memungkinkan saya dipertemukan semula dengan mereka di Sutera Indah, Nilai, Negeri Sembilan, walaupun saya kini menuntut di SMKA Kota Kinabalu (SMKAKK).



Hami Hamizil, Hami Hamizul, Abdul Muizz. (Tengah: Hamizul)

SMKA Tun Ahmadshah - SMKA Tun Ahmad Zaidi
(Baris depan di kanan: Firman)

Firman perasan saya berjalan ketika semua mahu bertolak ke Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian al-Quran dan as-Sunnah di USIM untuk mendengar taklimat Pertandingan Debat Bahasa Arab (SM) Kebangsaam 2011. Saya fikir Firman sahaja yang masih kenal saya sebab dia sahaja yang menemui saya. Rupanya, Hamizul kemudian menuju ke hadapan saya. Rupanya lagi mereka masih kenal saya. Pun begitu, saya merasa sedikit malu kerana wajah yang saya lihat adalah wajah yang tawaduk. Bicaranya bersederhana.

Akan tetapi, saya masih merasa persahabatan masih erat ketika dipertemukan semula. Alhamdulillah. Sebab betapa erat dakapan persahabatan itu. Rupanya, Pengetua SMKA Tun Ahmad Zaidi (SMKA TUNAZ), Pn. Affida Helmi yang pernah menjadi Pengetua di SMKA Tun Ahmadshah (SEMAI/SMKA TUNAS) memberi klu-klu kewujudan saya di sini.

"Kalau ada Muizz dari Sabah itu, dia hebat itu." Itulah perakuan Ustazah Affida kepada kontinjen SMKA TUNAZ (yang satu-satunya mewakili Sarawak). Lalu, perakuan itu dinyatakan oleh Hamizul. Tapi, mendengarkan ayat Ustazah Affida ini, sepertinya barangkali Ustazah Affida tidak tahu bahawa mereka adalah orang yang saya ketemu pada tahun 2009. Waktu itu beliau mengusulkan Program Pertukaran Pelajar SEMAI-SMKA TUNAZ.

Berita baik buat warga SMKA TUNAS dari lidah Hamizul, "Sekolah kami mahu buat lawatan balas pula ke SMK Agama Inanam selepas Ihtifal Negeri Sarawak nanti." Sedang pentadbiran Ustazah Hjh. Amnah Mohd. Salleh melalui Ketua Bidang mereka sudah buat ura-ura untuk mengadakan lawatan balas tersebut pada tahun 2009 juga. Namun, kami mengerti. Mengadakan suatu lawatan antara negeri bukanlah perkara yang mudah.

Kalau Allah mengizinkan lawatan tersebut, saya mengucapkan syukur dan tahniah kerana dapat membalas lawatan SEMAI ke SMKA TUNAZ dulu dengan lawatan serupa. Akan tetapi, saya masih merindui pertemuan tersebut.

"Kalau mahu bertanding, bukan bermusuhkan persahabatan tetapi bermusuhkan kekuatan kerna persahabatan mengatasi menang dan kalah," itu kata sahabatku yang lain dari Muar, Johor.

Pertandingan hari ini bermula jam 8.45 pagi. SMKAKK lawan SMKA Durian Guling, Marang, Terengganu.

Betapa sucinya kasihMu, Tuhan...

Comments