Maksud Pertemuan dan Pertandingan

(i)
Berlawan bukan kerana bermusuhkan sebuah persaudaraan
berlawan hanya untuk mengetahui maqam kemahiran
yang menang kemahirannya tinggi
yang kalah bukan erti sebuah kelemahan
kerana begitulah pertandingan punya adat
namun kita tetap saudara
itu anjuran agama.


(ii)

(Buat Hamizul dan Firman, serta rakan-rakan di SMKA Tun Ahmad Zaidi)

Sayuku melihat wajahmu
tatkala aku merinduimu yang jauh
di bumi enggang sana
rupanya takdir Allah
segalanya.

Kupandang wajah sahabatku
aku terharu
dirimu masih mengenali diri ini
walaupun sudah lama tidak bersua

Aku sangka aku tidak lagi dikenali
namun sebuah dakapan rindu dan kasih
mensayukan hati
hampir mensayukan wajah
bererti aku masih dihargai
betapa dekat diriku padamu sahabat

(iii)

(Buat Ustazah Affida Helmi)

Terima kasih dan syukur
kerana kata-katamu
kepada penama Hamizul dan Firman
tepat dan benar nian

Dikau berkata
carilah insan, pelajarmu
yang mewakili bumi Kinabalu
duduk bermusyawarah.

Kata-katamu jua
memungkinkan aku masih mahu
menghargai mereka
dan menyayangi
atas jalan persaudaraan

Semoga berjaya
dan kuhulur tangan
dan menyambut sebuah dakapan kasih
ucapan sejuta kasih.

Apartmen Sutera Indah, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
Sabtu, 18 Jun 2011, jam 7.05 malam.

Comments