Bukan Senang Mahu Berjalan

Sekarang saya berada di Desa Baiduri, Cheras, Kuala Lumpur. Melawat pak cik saya yang tinggal di situ. Saya mengambil keputusan untuk tidak pergi ke tengah kota Kuala Lumpur kerana bagi saya, semua yang ada di KL sudah ada di Kota Kinabalu. Rakan-rakan saya sedang berada di merata tempat, tidak kiralah di USIM mahupun di sekitar daerah Seremban mahupun ke ibu kota.

Saya bertolak dari Fakulti Pengajian al-Quran dan as-Sunnah, USIM sekitar jam 1.30 tengahari. Saya singgah di Apartmen Sutera Indah pada jam 1.40 sebelum meneruskan perjalanan ke Stesen Komuter Nilai pada jam 2 petang. Saya bertolak ke KL Sentral dan tiba sekitar jam 4 petang.

Saya kemudiannya mengambil keputusan mengambil tren ke stesen Masjid Jamek dan kemudiannya ke stesen Bandar Tun Razak. Sebelum itu, saya tersesat sehingga ke Taman Miharja kerana mengikut laluan Ampang walhal saya sepatutnya saya mengikuti laluan Sri Petaling.

Saya berpatah balik sehingga ke stesen pertukaran di Jalan Chan Sow Lin dan terus ke Bandar TAR. Dari Bandar TAR, saya menaiki teksi ke Desa Baiduri dan tiba hampir jam 5 petang.

Saya mempedulikan perjalanan mereka.

Saya belum sempat bermunaqashah secara rasmi dengan SMKA Tun Ahmad Zaidi.

Comments