Ayam Den Cokau Tolopeh

DIALEK MELAYU NEGERI SEMBILAN

Luruih la jalan poie Melang,
babelok jalan Bukit Putuih,
jalanlah luruih Bukit Putuih,
dah buleh guno, oi, oi,
dah buleh tompuh,


air dalam bosi api dalam kaco,
potik di topi tongah menyalo,
den tengok kapa bosi tak tonggolam,
den naik heran, oi oi, 
nogori sombilan.

Poie mano tu jang, Kolo Pilah,
jumpo sapo jang jumpo Milah,
bokopit ajo jang bilo nak nikah,
abah Milah kok maghah,

Kalau nak tau podehnyo lado,
ditumbuk-tumbuk, digiling-giling,
kalau nak tau gamai ea jando,
Pilah pokan Senaling oi oi,
kek gumah Ah Seng,
oi oi, jalan nak ko Tampin.

Bokokok ayam subuh golap,
tando ea aghi dah nak siang,
pueh den cokau ayam jantan,
tak dapek cokau, oi oi, 
tak dapek buek gulai.

Masak gulai lomak, masak kuning,
podeh ea mak oi nampak mokah,
atok den koba kalau podeh,
poie la ko Ghombau, oi oi,
mandi air paneh.

TERJEMAHAN DALAM BAHASA MELAYU BAKU

Luruslah jalan pergi Melang
Berbelok jalan Bukit Putus
Jalanlah lurus Bukit Putus
Sudah boleh guna
Oi, oi, sudah boleh tempuh.

Air dalam besi, api dalam kaca
Petik di tepi tengah menyala
Saya tengok kapal besi tak tenggelam
Saya naik hairan
Oi, oi, Negeri Sembilan.

Pergi mana itu Ujang? Kuala Pilah;
Jumpa siapa, Ujang? Jumpa Milah;
Berkepit sahaja, Ujang, bila nak nikah,
abah Ujang nanti marah...

Kalau nak tahu pedasnya lada
Ditumbuk-tumbuk, digiling-giling
Kalau nak tahu ramainya janda
Pilah, pekan Senaling
Oi, oi, di rumah Ah Seng
Oi, oi, jalan nak ke Tampin.

Berkokok ayam subuh gelap
Tandanya hari dah nak siang
Puas ku tangkap ayam jantan
Tak dapat cekau
Oi, oi, tak dapat buat gulai.

Masak gulai lemak, masak kuning
Pedasnya, Mak oi, nampak gila
Datuk saya kata, kalau pedas
Pergilah ke Rembau
Oi, oi, mandi air panas.

Comments