Posts

Showing posts from May, 2011

Seharian Berjalan

Image
1 Mei 2011
PERASMIAN PEMBUKAAN SAMBUTAN KAAMATAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2011 & TAMU BESAR DAERAH TUARAN (Dewan Tun Hamdan, Tamparuli, Tuaran, Sabah)
Saya sudah merancang untuk menghadirinya sejak minggu lepas. Balik-balik sahabat saya, AK Syukri Salim menyebut hari minggu, hari minggu. Sebelum itu, saya merancang untuk mengajak bersama sahabat lain seperti Mohd. Shafiq Hasbollah, Syafiq Rauf Rayner dan lain-lain. Namun, alhamdulillah, saya tetap turun bersama AK Syukri bersama adik dan kawan-kawannya yang di sekitar Tamparuli.
Saya tiba di Dewan Tun Hamdan, Tamparuli sekitar jam 8.50 pagi, kebetulan masuk bersama YB Datuk Abdul Rahman Datuk Hj. Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud dan YBhg Datin Norazlina Tan Sri Hj. Awang Had. Orang ramai ketika itu sudah memenuhi bahagian belakang dewan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tiba sekitar jam 10.20 pagi diiringi oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Datuk Seri Maximus Ongkili, Timbalan-timbalan Ketua Menteri Sabah, Timb…

Ihtifal Anugerah Cemerlang SMKA Kota Kinabalu 2011

Image
Ihtifal Anugerah Cemerlang SMKA Kota Kinabalu (SMKAKK) 19/2011 sepatutnya diadakan pada 16 April 2011. Namun, acara tahunan ini tetap berjaya diadakan dengan gemilangnya pada 30 April yang lalu. Acara ini dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah, Datuk Azizah Mohd. Dun yang juga  ADUN Klias. Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Hj. Saifulzaman Sanggul yang mewakili Jabatan Pelajaran Sabah (JPNS) dan Ustaz Arbaen Shawal yang mewakili Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu (PPDKK). Pemilihan Datuk Azizah sebagai "canselor" Ihtifal dilakukan oleh Tuan Hj. Samin Ongki, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKAKK.