HIKMAH - ...dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat; dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (Surah al-Hasyr, ayat 9)

Jumaat, 22 April 2011

SMK Agama Kota Kinabalu kini Sekolah Tanpa Sampah

Saya masih ingat tarikh 19 April 2011 - Majlis Pengisytiharan Sekolah Tanpa Sampah bagi SMK Agama Kota Kinabalu.

SMK Agama Kota Kinabalu secara rasminya diisytiharkan sebagai Sekolah Tanpa Sampah oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), En. Joannes Solidau, yang ketika itu mewakili Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir.



Pada 11 April yang lepas, DBKK menghantar Pegawai Perhubungan Awam (PRO) untuk memberikan taklimat tentang Kempen Anti Kutu Sampah. PRO DBKK mengumumkan keputusan pemeriksaan DBKK ke atas sekolah tersebut. DBKK mendapati sekolah dalam keadaan bersih dan indah.

Akhirnya, hasrat DBKK memilih SMK Agama Kota Kinabalu sebagai Sekolah Tanpa Sampah tercapai walaupun ketika perisytiharan dibacakan oleh En. Joannes, dewan sekolah sedang dinaik taraf untuk kegunaan Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah yang akan berlangsung pada 30 April. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh YB Datuk Azizah Mohd. Dun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan