Selamat Jalan, abang Alif

AL-FATIHAH
MOHD. ALIF BIN JALIL
(1992-2011)

Al-Marhum Mohd. Alif Jalil meninggal dunia dalam satu kemalangan di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor, pada pagi 16 April 2011.



Mingguan Malaysia, 17 April 2011
(Sumber: Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia)
Berita ini saya terima melalui saudara Mohd. Nurhafiz Samsurani (SMKA Tun Ahmadshah) sekitar jam 3 petang. Saya kemudiannya memberitahu perkara ini kepada ibu bapa saya terlebih dahulu. Ramai yang tidak percaya mendengarkan berita ini. Apabila saya menjenguk Facebook saya, saya melihat kematian al-Marhum itu menjadi perkara yang tidak pasti.

Berita ini kemudiannya disahkan oleh Encik Sabli Wait (Hospital Tuaran) sekitar jam 10 malam. Ramai juga yang bersedih atas pemergiannya. Saya kemudiannya dimaklumkan bahawa jenazah al-Marhum akan tiba di Terminal Kargo Malaysia Airlines, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 10 pagi keesokan harinya.

Kontinjen Hospital Tuaran serta beberapa orang saudara mara menyambut jenazah al-Marhum. Saya (mewakili SMKA Kota Kinabalu) dan ayah saya (mewakili Hospital Tuaran) mengiringi jenazah al-Marhum. Sementara itu, yang lain menyambut kepulangan keluarga al-Marhum di KKIA. Jenazah kemudiannya dibawa terus ke Tanah Perkuburan Islam Pekan Membakut dekat Membakut Jaya. Jenazah kemudiannya selamat dimakamkan tepat jam 12.45 tengahari.

Saya masih ingat al-Marhum. Al-Marhum dahulu ketua bilik saya di asrama suatu masa dahulu. Kali terakhir saya menemuinya ketika menghadiri program MAHA International di Serdang, Selangor. Rupanya itulah kali terakhir pertemuan kami.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh al-Marhum.

Comments