Terhutang Budi

(memperingati Program Semalam Bersama Mahasiswa/i Sabah di Mesir - 5 Mac 2011)

Aku terhutang budi
kepada Bapak Pengerusi PIBG
kerana membuka pintu akal kami
untuk memahami
erti hakiki sebuah jihad Islami.

Aku turut terhutang budi
kepada PIBG
yang sanggup menyinsing lengan
menyempurnakan sebuah pertemuan
dalam kesejahteraan.

Aku turut terhutang budi
kepada sang penyair
yang memungkinkan kami
memukau dan taajub
dengan bait-bait madah penghayatan
memahamkan kami
situasi hakiki di tanah asing

Aku turut terhutang budi
kepada duta kecil bumi Kinabalu
di bumi piramid
yang membawa kami
berkisah tentang bumi piramid masa kini

Aku turut terhutang budi
kepada Tuan Speaker dan Naib Speaker
Dewan Ibnu Taimiyyah
yang mengepalai majlis
yang membantu melancarkan perjalanan
sebuah pertemuan

Aku turut terhutang budi
kepada marhaen dan proletar yang berkesudian
tanpa anda semua
siapalah Dewan Ibnu Taimiyyah ini.

SMK Agama Kota Kinabalu, Sabah.
Ahad, 6 Mac 2011, jam 11.22 pagi.

Comments