Seminar Perubatan Islam

Banner program Seminar Perubatan Islam yang telah selamat diadakan
(Foto Tuan Hj. Khairan Untoh)

Seminar Perubatan Islam telah diadakan seperti yang tertera dalam iklan di atas. Saya bersama berpuluh pelajar yang lain telah menghadirinya dengan diiringi sendiri oleh penceramah program, Ustaz Nik Anwar Zakaria.

Jangkaan awal menunjukkan seramai sekitar 100-150 orang akan hadir melibatkan diri dalam program berkenaan. Namun, sambutan amat menggalakkan apabila kehadiran berada di luar jangkaan. Lebih daripada 200 orang hadir melibatkan diri dalam program ini sehinggakan Bilik Kuliah 2 yang menempatkan pusat amali rawatan penuh dan sesak.

Antara umat Islam yang hadir mendengar ceramah
(Foto Encik Amran Aliamat)
Penceramah program
(Foto Encik Amran Aliamat)
Saya pada jangkaan bahawa niat hanya tinggal niat. Namun, niat akhirnya menjadi kenyataan. Saya dapat memijakkan kaki menuntut ilmu di Masjid Negeri Sabah (MNS). Kami yang menyertai menaiki bas sekolah untuk ke MNS dan tiba ketika program tersebut sudah bermula sejak 20 minit lepas. Pun begitu, kami terus ke Dewan Solat Utama dan terus mendengar ceramah yang diberikan. Sebahagian daripada ceramah yang disampaikan bersumber dari kitab Penyuluh Jiwa Mukmin karya penceramah sendiri.

Buku-buku karya Ustaz Nik Anwar Zakaria.
Senjata Penuntut Ilmu berharga RM 18 manakala Penyuluh Jiwa Mukmin berharga RM 25.
(Foto Ustaz Nik Anwar Zakaria)
Buku-buku karya penceramah turut dijual pada hari itu. Sambutannya cukup menggalakkan.

Saya dan saudara Bazli membantu penceramah menjual buku
(Foto Encik Amran Aliamat)
Program pada hari itu tamat pada waktu Asar, setelah Ustaz Nik Anwar menunjukkan cara sebenar rawatan perubatan Islam. Penceramah dan seorang sahabatnya mendapati bahawa ramai pesakit terkena pelbagai jenis penyakit akibat gangguan dan hasutan jin dan syaitan.

MNS melalui jurucakapnya kemudiannya mengumumkan akan membuka Kuliyyah Pengajian Perubatan Islam dengan dikendalikan oleh Unit Dakwah MNS. Dijangka MNS menggunapakai kurikulum yang digariskan oleh Darul Syifa pimpinan Datuk Haron Din.

Menurut Ustaz Nik Anwar, kerja yang beliau lakukan hanyalah sebagai sebuah tanggungjawab sosial dan sukarela kepada umat Islam di negeri Sabah.

Salam maaf dan terima kasih kepada Tuan Hj. Khairan Untoh, Ustaz Nik Anwar Zakaria dan Encik Amran Aliamat untuk foto-foto yang digunapakai. Terima kasih kepada seluruh warga MNS atas layanan baik dan ihsan sepanjang kehadiran kami menyertai program atas kapasiti sebagai pelajar yang mengiringi penceramah, yang tidak perlu membayar apa-apa yuran setakat yang dimaklumkan oleh penceramah.

Comments