Lembayung Perpaduan

"Berpegang teguhlah pada tali Allah
pecah belah ditegah"
(Surah Ali Imran, ayat 103)

Buat julung kalinya
di zaman Rasul Junjungan
lembayung perpaduan bertebar luas
menaungi seluruh umat Muhammad

Kau pasti tahu
tika lilin bercahaya belum bernyata
insan-insan Jahiliyyah bebal nian
tentang menakrif istilah ittihad

Namun bersyukurlah
Rasul Junjungan menyalakan lilin kebenaran
lalu menebar naungan perpaduan

Dulu hingga kini di waktu ini
kita yang bertuah
menerima ilmu Rasul Ilahi
yang mengajar definisi solidariti

Namun aku tetap bertanya
mengapa ada sahaja
cuba memanjat tiang lembayung kesatuan
berhasrat menguncupkan lembayung luas itu

Terjuranglah masyarakat ini
dengan bermacam jurang pemisah
yang sebetulnya tiadalah ia

Marilah kita semua
jangan pernah menutup payung kesepaduan
bahkan lembayungkanlah naungan perpaduan
dengan naungan seluas alam
kerna kita hanya ada satu
Tuhan Yang Maha Esa.

Wahai lembayung perpaduan,
sejahteralah dirimu di tengah pertegakan
kerana dirimulah Muslimin sanjungi.

SMKA Kota Kinabalu, Sabah.
10-15 Februari 2011.

Comments