Posts

Showing posts from February, 2011

Inikah Aku di Persada Ini?

Di astaka alam buana
akulah manusia
hamba Tuhan Yang Maha Esa
lahir berdiri di atas dunia
untuk mengesakan Allah
pemerintah seisi alam

Sepanjang hayat ini
inikah aku di persada ini
aku yang hidup
bersama Tuhan yang cukup indah
semata-mata menyandar segalanya
hanya kerna Tuhan yang saujana?

Inilah aku di persada ini
hidup seperti doa sekeping hati
yang menjadi murni
di atas sejadah murni

Tuhan,
mogakan hidupku di saat ini
merupakan kisah terindah
kerna sesungguhnya
hanya kerna Kau yang cukup indah...

SMKA Kota Kinabalu, Sabah.
Ahad, 20 Februari 2011, jam 10.05 malam.

Lembayung Perpaduan

"Berpegang teguhlah pada tali Allah pecah belah ditegah" (Surah Ali Imran, ayat 103)
Buat julung kalinya di zaman Rasul Junjungan lembayung perpaduan bertebar luas menaungi seluruh umat Muhammad
Kau pasti tahu tika lilin bercahaya belum bernyata insan-insan Jahiliyyah bebal nian tentang menakrif istilah ittihad
Namun bersyukurlah Rasul Junjungan menyalakan lilin kebenaran lalu menebar naungan perpaduan
Dulu hingga kini di waktu ini kita yang bertuah menerima ilmu Rasul Ilahi yang mengajar definisi solidariti
Namun aku tetap bertanya mengapa ada sahaja cuba memanjat tiang lembayung kesatuan berhasrat menguncupkan lembayung luas itu
Terjuranglah masyarakat ini dengan bermacam jurang pemisah yang sebetulnya tiadalah ia
Marilah kita semua jangan pernah menutup payung kesepaduan bahkan lembayungkanlah naungan perpaduan dengan naungan seluas alam kerna kita hanya ada satu Tuhan Yang Maha Esa.
Wahai lembayung perpaduan, sejahteralah dirimu di tengah pertegakan kerana dirimulah Muslimin sanjungi.
SMKA Kota Kinabalu,…

Berkata tentang Ilmu

(1) SASTERAWAN

Aku mulakan sebuah sastera
dengan sepenuh puji dan puja
kepada Ilahi yang Maha Esa
tanpa lupa selawat sebanyaknya
kepada Junjungan yang teramat mulia

Sungguh kita mengerti
bahawa Tuhan itu luas ilmiahnya
ilmunya amatlah infiniti
jangan-jangan ilmu kita
hanyalah sebesar zarah
dari ilmu-ilmu Yang Maha Mengetahui.

Juga diri ini masih mengerti
bahawa Rasul diutus juga dengan ilmu
sebagai burhan
bahawa Islam itu berkonsepkan ilmu
tika agama lain berorientasikan warisan

Maka firman Tuhan,
“Mulialah sang ilmuan
dan sang insan beriman
beberapa darjah keagungan”

(2) DEKAN UNIVERSITI

Ilmu, itulah pengetahuan
kefahaman insan akan sesuatu

Ilmu boleh diperlisankan
Ilmu punya kehakikian
Ilmu adalah objektif
Ilmu sentiasa berkembang
Ilmu datang dari penyelidikan mendalam

(3) USTAZ

Hitung saja ilmu
pasti takkan mampu kauhitung
kerana ilmu dalamnya
terpecah masa demi masa

Hitunglah masa silam
dengan menghidupkan ilmu sejarah
nescaya ada ibrah
untuk kauambil
sebagai membungakan KPI

Hitun…

Seminar Perubatan Islam

Image
Seminar Perubatan Islam telah diadakan seperti yang tertera dalam iklan di atas. Saya bersama berpuluh pelajar yang lain telah menghadirinya dengan diiringi sendiri oleh penceramah program, Ustaz Nik Anwar Zakaria.
Jangkaan awal menunjukkan seramai sekitar 100-150 orang akan hadir melibatkan diri dalam program berkenaan. Namun, sambutan amat menggalakkan apabila kehadiran berada di luar jangkaan. Lebih daripada 200 orang hadir melibatkan diri dalam program ini sehinggakan Bilik Kuliah 2 yang menempatkan pusat amali rawatan penuh dan sesak.
Saya pada jangkaan bahawa niat hanya tinggal niat. Namun, niat akhirnya menjadi kenyataan. Saya dapat memijakkan kaki menuntut ilmu di Masjid Negeri Sabah (MNS). Kami yang menyertai menaiki bas sekolah untuk ke MNS dan tiba ketika program tersebut sudah bermula sejak 20 minit lepas. Pun begitu, kami terus ke Dewan Solat Utama dan terus mendengar ceramah yang diberikan. Sebahagian daripada ceramah yang disampaikan bersumber dari kitab Penyuluh Jiwa Muk…