Kenapa?

(i)
Tubuhku menggeletar
di hati rasa berdebar
apabila kau muncul menjelma di depan mata

Aku ketandusan kata
kerana lidah rasa kelu
ku cuba tepis perasaan
tapi hati menuntut

Apakah sudah masuk musim cinta?

(ii)
Ku jatuh hati padamu
mataku tidak lekang
tak jemu-jemu memandang
bak kata mereka
"yang terbaik dari ladang"

Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati
akhirnya pasti mengalah

Apakah sudah masuk musim cinta?

(iii)
Katakan,
kenapa kau buat malamku
sukar untuk tidur
menanti esok tiba
untuk berjumpa?

Katakan,
kenapa kau buat siangku
asyik mengelamun
kepingin untuk bersama denganmu?

Katakan, kenapa?

DAUS

Comments