Posts

Showing posts from December, 2010

Berikanlah Kemaafanmu

Berikanlah kemaafanmu
kerna ia ajaran Tuhan.

Berikanlah kemaafanmu
kerna hatimu tenang
dengan sebuah kemaafan.

Memaafkan
kenapa harus menjadi payah
sedangkan ia ajaran Tuhan?

Aku teringat pesan sang ilmuwan
"kalau kau tidak memaafkan dirinya
orang tidak akan memaafkan dirimu"

Namun mengapa
ramai yang sulit
maaf dipinta
pada yang lain

Aku teringat pesan sang ilmuwan
"semua orang akan buat silap
kalau mahu berlari
akan dikejar dikecap jua"

Minta maaf dengan Tuhan
Tuhan itu Pemaaf adanya

Minta maaf dengan insani
yang lemah itu diri sendiri
sebab tak pernah bersudi

Maafkan aku semuanya
aku sanggup memaafkan kalian
semoga Tuhan memaafkan dirimu
semoga Tuhan memaafkan kita.

Ku Ada Kamu

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Yang Sempurnakanku

Kaulah bidadari dalam hidupku
yang selalu hadir di dalam mimpiku
bunga yang selalu harungi hariku
anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh, aku selalu rindu
Bila kau ada, hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
menerangi gelap dan mimpimu
aku setia di sini mengusap tangismu
menemani sunyi di hatimu

P/S: Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sesuai nyanyi lagu ini kepada suaminya. Dalam suatu ucapannya November lalu, suami Dr. Wan Azizah disebutnya sebagai Anugerah Tuhan.

Kenapa?

(i)
Tubuhku menggeletar
di hati rasa berdebar
apabila kau muncul menjelma di depan mata

Aku ketandusan kata
kerana lidah rasa kelu
ku cuba tepis perasaan
tapi hati menuntut

Apakah sudah masuk musim cinta?

(ii)
Ku jatuh hati padamu
mataku tidak lekang
tak jemu-jemu memandang
bak kata mereka
"yang terbaik dari ladang"

Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati
akhirnya pasti mengalah

Apakah sudah masuk musim cinta?

(iii)
Katakan,
kenapa kau buat malamku
sukar untuk tidur
menanti esok tiba
untuk berjumpa?

Katakan,
kenapa kau buat siangku
asyik mengelamun
kepingin untuk bersama denganmu?

Katakan, kenapa?

DAUS