Sejarah Itu

DEMI CINTA SUCI

Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna

Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri padaNya yang Esa

Baru kini kurasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kauberi
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri padaNya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai

UNIC

Lagu UNIC di atas cukup menyentuh hati. Ibrahnya ada aku terangkan.

Aku selalu mengingatkan diri aku kepada sabdaan Rasulullah SAW yabg berbunyi:

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّه، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)


"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman, iaitu bahawa dia mencintai Allah dan RasulNya melebihi cinta kepada selain keduanya; juga dia mengasihi seseorang tidak lain cintanya kerana Allah dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka."
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Pesan pada diri saya dan semua: Ini hadis tentang kemanisan iman (Halawatul Iman). Sama-sama kita kecapi. Hanya 3 rupa, amat mudah, namun bukan semua dapat mengecapinya. Tapi, untuk mencapai kemanisan iman memerlukan suatu perjuangan lagikan sebuah pengorbanan.

PERTAMA: Cinta kepada Allah dan RasulNya. Cinta kepada keduanya hanya dapat dibuktikan jika ada pengakuan di lidah, kebenaran di hati dan bukti melalui amalan zahir (dengan melakukan amal ibadah yang mampu memberi kesejahteraan hidup).

KEDUA: Mengasihi seseorang kerana Allah. Ramai manusia mengasihi seseorang berdasarkan sebab masing-masing, ramai jugalah tiada mereka niatkan musahabah ini kerana Allah Taala, bak sabda Rasulullah SAW, "sesungguhnya setiap amal itu berserta dengan niat." Dari kasih ini maka wujudlah ummah dan ukhuwwah sehingga hari ini, juga persahabatan sejati. Namun, ramai yang mensiakan Tuhan kita dalam mensahabati seseorang.

KETIGA: Tidak kembali kepada kekufuran. Hati ini selalu berbolak-balik. Hampir ada perkaitan perkara ini dengan poin pertama tadi. Kerana tanpa cinta kepada Allah dan RasulNya, masakan seseorang akan berada dalam agama yang Allah redhai (Islam). Hati (terutama para muallaf) perlu dijinakkan agar dapat merasa iman yang manis.

FIKRAH UTAMA:
Mengasihi seseorang kerana Allah amat sukar bagi diri ini. Lagikan pula mencari cinta Allah dan RasulNya. Maka, ke mana diri ini harus dibawakan kalau tiada cinta juga kurang mengerti apa itu cinta... Tanpa perlu memikirkan apakah yang diertikan cinta yang sebenar yang mampu membahagiakan diri dan kehidupan, aku hanya mampu meneruskan sebuah langkah perjuangan. Semoga Allah membantuku dalam perjuangan suci ini. Buat semua, jika anda rasa perjuangan ini amat bererti, sama-sama kita dukung dan sokong perjuangan ini. Perjuangan keilmuan dan kemasyarakatan tapa lupa keharusan mengecap cinta terutama, cinta kepada Allah dan RasulNya.

SEJARAH ITU

Selamat tinggal sejarah lama
kerana ia takkan kembali lagi
walaupun ia manis
kalaupun ianya pahit

Biarkan ia pergi selaku sebuah sejarah
yang memberi ibrah
di masa mendatang

Hari esok masih ada lagi
untuk dicorak oleh kita
dengan corak gelap atau cerah
menjadilah ia potret kehidupan

Sejarah itu
Yang lalu akhirnya jauh pergi
yang kini akhirnya kita hiasi
yang mendatang akhirnya kita menanti.

Banyak cabaran akan kutemu
Moga Allah membantuku.

Ujana Abdullah Muizzan, Berungis, Tuaran, Sabah.
Ahad, 7 November 2010, jam 1.00 petang.

Comments