Pencemaran bahasa

Pencuri akan "didakwa" atau "didakwah"?

Sebentar tadi saya bersama ibu dan adik saya berjalan-jalan di pekan Tuaran seperti biasa berjalan-jalan mencari barang keperluan.
Saya sempat singgah di kedai Ramai Jaya di Jalan Sungai Damit yang terletak antara pasar raya G-Mart dan kedai aneka jabatan Sol. Saya masuk ke dalam kedai Ramai Jaya. Dapatlah saya dan keluarga membeli barangan yang dikehendaki. Namun, ada satu benda yang melucukan saya, iaitu gambar di atas. Persoalan saya – pencuri akandidakwa atau didakwah? Dua perkataan yang diitalikkan tadi memberi pengertian yang berbeza.
Perkataan didakwah tidak wujud dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Perkataan didakwa sahaja yang wujud dalam PRPM.
Bagaimanapun, perkataan didakwah dan didakwa jika didasarkan memberi makna berbeza. Dakwah bermaksud penyebaran ajaran sesuatu agama. Dakwa pula bermaksud aduan dan laporan sesuatu perlakuan jenayah.
Jangan cemari bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa jiwa bangsa.

Comments