Untung Berkasih

(i)

Demi asma-Mu, ya Rabbi
Aku amat mengasihi insan ini
Dengan setinggi-tinggi kasih
Tak dapat kuungkap ketinggian
Tak dapat kuzahir kemurnian

Lindungi aku, oh Tuhan
Daripada kesilapan fitrah
Daripada kekhilafan cinta
Tika menebar kasih

Hujungnya kasih ini
Tetap milikmu, oh Tuhan
Kerna kasih ini
Nikmat membahagiakan insani

(ii)

Untunglah berkasih
Lagikan atas nama Ilahi
Sang Pemurah, Sang Penyayang

Kasih adalah kuntuman bunga
Atas kesyukuran ke hadrat
Maha Pemurah

Kasih adalah manisan madu
Atas ketinggian iman
Ke hadrat Maha Penyayang

(iii)

Tanpa kasih, sedih
Kerana taman bahagia itu tidak wujud
Hadir mewarnai hati

Tanpa kasih, kecewa
Kerana ketenangan hati itu tiada
Mengubat lara nestapa

(iv)

Bahagialah dirimu bersama warna kasih
Kerana warna kasih itu indah bergemerlapan
Lagikan kasih itu diterima oleh Ilahi
Selaku kasih kerana Ilahi

Hargailah kasih suci ini
Kerana kasih itu tidak abadi
Namun biarkanlah
Kasih Ilahi itu abadi.

Bilik Bahasa, SMKA Kota Kinabalu, Sabah.
Khamis, 30 September 2010, jam 9.43 pagi.

Comments