Perkenalan melanjutkan Mesra

Mohamad Ramzi Taufik dan Awang Abdul Muizz Awang Marusin (9 April 2010)

Mohamad Ramzi bin Taufik. Aku hanya mengenalinya setelah diperkenalkan secara lisan oleh abangnya sendiri, Izzamuddin.

Aku seakan terlalu tertawa pada suatu ketika, saat bersemuka hanya melalui chatting dalam Facebook.

"Assalamualaikum." Aku pun menjawab salam itu. Lalu dia perkenalkan dirinya seperti ini, "adik Izam ni."

Aku pun masih ingat perbualan dengannya ketika itu. Dia menyangka aku ini sebaya dengan Izam. Langsung kami berdua tersenyum. Barulah Ramzi sedar bahawa aku sudahpun mengambil PMR dengan keputusan yang boleh dikatakan cemerlang. 8A 1B.

Mulai hari itu, aku menerimanya dalam persahabatan dengan hati yang terbuka. Waktu itu, aku berada di sekolah lama, SEMAI.

Sekembalinya aku di SMAKK, aku sudahpun terlihat sikit-sikit kelibat Ramzi dengan seorang seniornya. Namun, selepas solat Zohor pada hari itu, hari Isnin, dia terus mencari aku. Namun, dia diiringi sahabatnya, Raziq.

Kami saling tersenyum - hakikatnya senyum itu mampu membahagiakan.

Aku langsung memperkenalkan diri aku kepadanya untuk dia ketahui pada keesokan petangnya. Di situlah aku (yang juga manusia seperti yang lain) bercerita dan sedikit demi sedikit berpesan tentang kebaikan. Aku hanya mahu diri aku (yang mungkin serba baru) dipandang biasa atau dipandang baik.

Yang membahayakan, aku memperkatakan hal ini, "kita begini pun (bererti suatu pertemuan yang rapat) boleh jadi fitnah."

Dia belum mengetahui secara mutlak bahawa aku juga suka membantu dalam keadaan bantuan berharta atau bantuan berilmu. Aku berikrar akan cuba menjaga hatinya sedaya mungkin seterusnya menumpahkan khidmat terbaik dalam membentuk dirinya yang baik (biarpun dirinya atau keluarganya atau orang lain memandangnya enteng).

Akhirnya, kasih sayang ini adalah bermaksud sebahagian kesyukuran dan keimanan kepada Allah.

Kg. Lokub, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.
Jumaat, 1 Oktober 2010, jam 10.35 malam.

Comments