Kembali

Aku terlihat rakan ini, sungguh soleh orangnya. Itulah Azimi. Dalam sekolah, dialah pemimpin kanan pelajar sekolah. Dia antara yang pernah mengharumkan nama sekolah di peringkat antarabangsa. Dia bisa dikenali dengan kelantangannya bersyarahan di khalayak ramai. Dia ahli bahasa. Indah bahasanya apabila mengajukan pengucapan.

            Suatu hari, di dalam sekolah. Hari itu hari Khamis, Azimi baru sahaja masuk ke dalam pejabat pemimpin pelajar menghadiri persidangan kerjasama diplomatik dengan salah sebuah sekolah menengah tak jauh dari sini. Mujurlah, sekolah Azimi premier dan berprofil tinggi. Azimi didekati oleh seorang sahabat sebaya. Zambry, itulah namanya. Dia berbicara dengan petah dan berwibawa. Keistimewaan itu membuatkan Azimi menerimanya sebagai sahabat baru.

            Tak lama kemudian, dia didekati pula dengan seorang Nizar. Kawan baru juga, selamba membicarakan apa yang dikehendakinya. Lantas, beliau diajak keluar berjalan-jalan ke bandar Nilai, 3 hari dari sekarang.

            “Azimi, kalau den ajak koghang ko Nilai, nak tak?” Tanya Nizar secara selamba.

            Boleh saja bah,” jawab Azimi dengan bersemangat.

            “Ha, eloklah itu. Bulih minta nombor telefon koghang?”

            “Boleh saja bah. 010 259 1300.” Dia yang memberi mahu juga nombor si kawan itu lantas didapatnya apa yang diminta.

            Kemudian, pergilah seorang Nizar itu. Datang kembali si Zambry lantas ditanya tentang dirinya.

            “Azimi, awak ini saya nampak berkarisma tinggi dan berwibawa.”

            “Terima kasih.”

            “Aspek apa awak minat dalam hidup awak?”

            “Politik, keagamaan Islam, seni hiburan, diplomatik, sastera bahasa dan lain-lain lagi.”

            “Wah, jarangnya saya dapat jumpa orang macam awak, minat yang pelik.”

            Sepi seketika apabila Ketua Pelajar melakukan pengumuman.

            “Perhatian kepada penama-penama berikut, sila datang ke Pejabat Pengetua untuk sesi plenari. Azimi Zainuddin, Nuraishah Marzuki, Muhammad Jamil Abdul Wahab, Awang Karim Pengiran Hj. Bujang, Abang Suhaili Abang Bolhassan, Chong Thien Lai, Jeremiah a/l Ramasamy, Siti Sarimah Zulhaili dan Angela Thomson Barangin. Arahan Pengetua.”

            Azimi terpaksa bergegas ke Pejabat Pengetua, meninggalkan seorang Zambry yang mahu juga berkenalan secara mendalam.

            “Azimi, cepat-cepat, Datuk Syed Razak datang mahu bermesyuarat.” Aku mengingatkan Azimi. Kebetulan juga aku dipanggil ke tempat yang sama.

            Huh? Datuk Syed Razak? Allah, matai aku. Nyak aku ngerati. Bah, bah, dou kau. ”

            “Okey.”

            “Allah, keluar (bahasa) Sama aku.”

* * *

            Suatu hari, seperti yang dijanjikan oleh Nizar. Petang. Sudah tapak kakinya memijak bumi di Nilai. Cuma menunggu Nizar sahaja. Kemudian, Azimi menghubungi Nizar yang tak sampai-sampai lagi.

            Hello, Assalamualaikum!

            Waalaikumsalam, ha, Nizar?! Kenapa awak jalan sekarang, malam kan elok?

            Huh? Kau bawa aku jalan malam??? Okeylah, aku tunggu kau di Kafe Ressa.”

            Azimi risau. Selang 10 minit, terjumpalah si Zambry lalu membawaku ke Perpustakaan Daerah Nilai. Zambry minat ke perpustakaan membaca. Azimi pun ikutlah apa yang diminatinya.

            Zambry membawa Azimi menyelami intisari sebuah buku berjudul Jangan Hiba. Memang menginsafkan pengisiannya. Tidak pernah ada sebuah buku menyentuh hati Azimi kerna Azimi hanya membaca secara suka-suka.

            “Terima kasih, Zambry.” Lalu, mereka berdua keluar dan berpisah mengikut jalan masing-masing.

            Sekarang jam 8.45 malam. Azimi dapatlah berjalan-jalan dengan Nizar. Sampai di suatu tempat, namanya Marzuki Dot Net. Rupanya itu sebuah kafe siber. Mereka mainlah seperti biasa – Azimi kurang meminati tempat itu.

            Lalu, Nizar membawanya menikmati segelas jus oren segar di tempat yang tadi, Kafe Ressa. Mereka leka bercerita mengenai apa yang disukainya.

            Jam 11.00 malam. Azimi membawanya ke sebuah disko – Azimi tidak tahu pun bahawa itulah namanya sebuah disko. Azimi didampingi oleh seorang perempuan bertudung pendek. Aisyah Hani. Jalang.

            “Bang, minumlah, sedap!”

            “Air apa ini, cik?” Azimi tertanya-tanya, dilihat minuman itu banyak berbuih.

            “Minum sajalah.”

            Azimi pun minum. Dirasanya air itu pahit. 5 minit kemudian, dialah antara yang terhebat dalam menari. Menari bersama Aisyah Hani sehingga pukul 1 pagi. Pulanglah mereka berdua ke rumah masing-masing.

            Azimi pulang dalam keadaan terumbang-ambing.

* * *

            Esoknya, sekolah bermula semula setelah berlibur 2 hari. Setibanya Azimi di sekolah, aku menariknya ke masjid sekolah.

            Di masjid, terlihat pula seorang Zambry.

            “Zimi, aku nampak kau pergi ke disko semalam, dengan siapa?” Aku tanya Azimi dengan tenang.

            “Nizar.”

            “Allah, gila betul si Nizar, jahat mahu mampus.” Aku menyindir.

            “Zimi, Nizar itu ketua geng berpengaruh kuat di sekolah aku. Nampak saja dia baik, pandai, tapi jahat. Setengah komuniti aku di sekolah itu pengikut dia.”

            “Ya ke? Macam aku tidak percaya saja.”

            “Wei, tidak percaya, sudah, kau rasalah sendiri! Pergilah kau!?” Aku mengamuk semacam sang harimau kemarahan. Membiarkan saja Azimi sesat di jalan benar.

            Zambry menangis dan terus menangis bila mengenangkan dirinya yang mengasihi Azimi walaupun Azimi sukar menyayangi diri Zambry.

            3 hari kemudian, Zambry menerima panggilan telefon daripada sahabatnya, Awang Karim.

            Awang Karim terus membulatkan bicaranya, “Zambry, kasihanlah kau. Sebenarnya, Azimi dengan Nizar telah ditangkap Polis kerana menghisap dadah. Dia berdua bersama 14 orang yang lain ditahan ketika leka berseronok di sebuah disko.”

            Astaghfirullah al-Azim.” Zambry tidak bisa membicara apa-apa dengan Awang Karim.

            Sebulan selanjutnya. Awang Karim bersama Zambry hadir ke Mahkamah Sesyen Seremban. Turut mengiringi mereka ialah Datuk Pengetua dan diriku selaku Pegawai Khas Pengetua.

            Kami berempat duduk sebaris kerusi di sayap pendakwaan. Hari ini adalah hari persidangan ke-6 untuk Mahkamah mengenai kes Azimi.

            Kebetulan Hakim Datuk Zubaidah membentangkan laporan penghakiman. Datuk Zuraidah bersidang bersama Pegawai Daerah di kanan dan Majistret Daerah di kiri hakim. Di kerusi bawah merupakan Setiausaha kepada Hakim dan Pembantu kepada Majistret. Setiausaha kepada Pegawai Daerah tidak terlibat. Namun, beliau hadir duduk sama di kerusi sayap pendakwaan.

            Hampir 50 minit Datuk Zubaidah membentangkan laporan penghakiman. Akhirnya Datuk Zubaidah membuat konklusi yang berikut kepada Azimi.

            “Azimi bin Mahmud. Kamu dengan ini dipenjara 2 tahun atau denda RM 15 000 (Lima Belas Ribu Ringgit) atas kesalahan mengambil dadah tanpa niat. Penghukuman telah mengambil kira keterangan dan fakta serta hujah yang dikemukakan seperti dalam laporan penghakiman tadi.”

            Hakim menyambung penghukuman. “Nizar bin Mohd. Zakaria. Kamu dengan ini dipenjara di Sekolah Henry Gurney sehingga berumur 18 tahun atas kesalahan menagih dadah. Kamu juga didenda RM 50 000 (Lima Puluh Ribu Ringgit).”

            Hakim menangguhkan sidang mahkamah – kes telah selesai diadili. Kami berempat hanya mampu menitiskan air mata.

* * *

            5 tahun kemudian. Aku kini hampir menamatkan pengajian merangkul Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Aktuari di Universiti Malaya.

            Aku berkesempatan menemui semula Datuk Pengetua. Kamiu berjalan di sekitar Kuala Lumpur. Kami bersinggahan di Masjid Wilayah Persekutuan.

            Selesai solat Zohor, aku terlihat seseorang sepertinya aku kenali. Berpakaian jubah putih, berserban. Aku mendekatinya. Rupa-rupanya itulah Azimi. Kini dia seorang pembantu agama di masjid itu.

            Azimi yang juga bersemuka dengan Datuk Pengetua berdakapan dan bermaafan. Itulah harapan kami semua lagikanlah harapan Zambry. Namun, sayang, ketika itu Zambry sudahpun kembali ke pangkuan Ilahi tahun lepas ketika menunaikan haji bersama keluarganya. Hanya akulah dapat mewarisi kenangan Zambry yang sudahpun berpergian.

            Kalau Zambry mengetahui bahawa inilah Azimi yang baru, pasti dia gembira.

Ujana Abdullah Muizzan, Tuaran, Sabah.
30 Disember 2009 hingga 16 Oktober 2010.

Comments