Jadikan Masjid sebagai pusat keilmuan gemilang

Muizz ketika menyampaikan ucapan ketika Masjid Bandaraya

Jadikan masjid sebagai satu pusat keilmuan yang gemilang. Berikut perkara yang diucapkan Awang Abdul Muizz Awang Marusin (gambar). Beliau berkenan untuk menyampaikan ucaptama dalam Majlis Perasmian Kem Bestari Solat (KBS) 4/2010 anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Mutiara di Masjid Bandaraya (MBR) di Likas, Kota Kinabalu.


Abdul Muizz berkata, beliau berpendapat bahawa SK Mutiara sedang melakukan suatu keunikan apabila SK Mutiara buat kesekalian kalinya mengadakan KBS di sebuah masjid yang ternama di negeri Sabah.


Beliau seterusnya menyeru para peserta KBS agar memanfaatkan ilmu dan hikmah (khususnya solat) yang diamalkan dalam kehidupan sekalian. Beliau juga sempat menyentuh kata-kata penulis Rohawi Musannif dalam buku berjudul Melahirkan Generasi Anak-anak Ke Arah Ketaqwaan bahawa orang yang solat 5 waktu sehari semalam disertai dengan keikhlasan dan ketaqwaan akan mendapat pahala seterusnya dibalas dengan syurga Allah SWT.


Abdul Muizz dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada MBR kerana dipilih oleh SK Mutiara sebagai pusat penganjuran KBS anjuran mereka. Pemilihan MBR sebagai pusat penganjuran KBS membuktikan bahawa masjid mampu dan seharusnya menjadi suatu pusat kecemerlangan ilmu dan ibadah bagi umat Islam di Sabah.


Nada yang sama turut dilaungkan Timbalan Pengerusi Eksekutif MBR, Tuan Hj. Abdul Jamal Tun Hj. Sakaran dalam ucapannya serta Penolong Kanan Pentadbiran SK Mutiara, Puan Hjh. Fatimah Omar dalam dikri perasmiannya.


Hjh. Fatimah berkenan merasmikan majlis tersebut mewakili Guru Besarnya, Pn. Faizah Abdullah. Turut hadir ialah Guru Besar Madrasah al-Mubarak, Hj. Parmin Sahlan, guru-guru SK Mutiara serta pemimpin-pemimpin pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kota Kinabalu.


Dianggarkan seramai 250 orang murid SK Mutiara menyertai program ini.

Comments

  1. Salam perantauan adik mUiz..

    Bangga akak dgn adik muiz.. semoga berjaya m'jadi seorang Muállim ya.. Jgn sia2 kan umur & ilmu yg ada.. Selamat bermujahadah..:)

    Sampaikan salam akak dgn sahabat2 yg lain ya..^^,

    ReplyDelete
  2. Salam perantauan juga buat kakak. InsyaAllah, semoga Allah membantu.

    ReplyDelete

Post a Comment