Posts

Showing posts from October, 2010

Hujungnya Harus Aku Redha

Aku sudahpun sedaya
tak melukai hatinya
dengan penawar hikmah
juga hadiah kecintaan padanya
tanpa dia harus membalas
semuanya kerana Ilahi
tapi hujungnya
aku harus redha
kerna pada Allahlah segala-gala.

Jadikan Masjid sebagai pusat keilmuan gemilang - Muizz

Image
Jadikan masjid sebagai satu pusat keilmuan yang gemilang. Berikut perkara yang diucapkan Awang Abdul Muizz Awang Marusin (gambar). Beliau berkenan untuk menyampaikan ucaptama dalam Majlis Perasmian Kem Bestari Solat (KBS) 4/2010 anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Mutiara di Masjid Bandaraya (MBR) di Likas, Kota Kinabalu.


Abdul Muizz berkata, beliau berpendapat bahawa SK Mutiara sedang melakukan suatu keunikan apabila SK Mutiara buat kesekalian kalinya mengadakan KBS di sebuah masjid yang ternama di negeri Sabah.


Beliau seterusnya menyeru para peserta KBS agar memanfaatkan ilmu dan hikmah (khususnya solat) yang diamalkan dalam kehidupan sekalian. Beliau juga sempat menyentuh kata-kata penulis Rohawi Musannif dalam buku berjudul Melahirkan Generasi Anak-anak Ke Arah Ketaqwaanbahawa orang yang solat 5 waktu sehari semalam disertai dengan keikhlasan dan ketaqwaan akan mendapat pahala seterusnya dibalas dengan syurga Allah SWT.


Abdul Muizz dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada MBR kerana di…

Lukisan Alam

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar, hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang, awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
Begitu ajaran Tuhan.

حسبي الله
حسبنا الله
حسبي ربي جل الله , يا الله
(Hasbiyallah - Hasbunallah
Hasbi Rabbi Jallallah, Ya Allah)


Dalam diam, taburkanlah baktimu
Dalam tenang, buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Di dalam jiwamu itu

HIJJAZ

Kembali

Aku terlihat rakan ini, sungguh soleh orangnya. Itulah Azimi. Dalam sekolah, dialah pemimpin kanan pelajar sekolah. Dia antara yang pernah mengharumkan nama sekolah di peringkat antarabangsa. Dia bisa dikenali dengan kelantangannya bersyarahan di khalayak ramai. Dia ahli bahasa. Indah bahasanya apabila mengajukan pengucapan.
Suatu hari, di dalam sekolah. Hari itu hari Khamis, Azimi baru sahaja masuk ke dalam pejabat pemimpin pelajar menghadiri persidangan kerjasama diplomatik dengan salah sebuah sekolah menengah tak jauh dari sini. Mujurlah, sekolah Azimi premier dan berprofil tinggi. Azimi didekati oleh seorang sahabat sebaya. Zambry, itulah namanya. Dia berbicara dengan petah dan berwibawa. Keistimewaan itu membuatkan Azimi menerimanya sebagai sahabat baru.
Tak lama kemudian, dia didekati pula dengan seorang Nizar. Kawan baru juga, selamba membicarakan apa yang dikehendakinya. Lantas, beliau diajak keluar berjalan-jalan ke bandar Nilai, 3 hari dari sekarang.
“Azimi, kalau den ajak kogh…

Untung Berkasih

(i)
Demi asma-Mu, ya Rabbi Aku amat mengasihi insan ini Dengan setinggi-tinggi kasih Tak dapat kuungkap ketinggian Tak dapat kuzahir kemurnian
Lindungi aku, oh Tuhan Daripada kesilapan fitrah Daripada kekhilafan cinta Tika menebar kasih
Hujungnya kasih ini Tetap milikmu, oh Tuhan Kerna kasih ini Nikmat membahagiakan insani
(ii)
Untunglah berkasih Lagikan atas nama Ilahi Sang Pemurah, Sang Penyayang
Kasih adalah kuntuman bunga Atas kesyukuran ke hadrat Maha Pemurah
Kasih adalah manisan madu Atas ketinggian iman Ke hadrat Maha Penyayang
(iii)
Tanpa kasih, sedih Kerana taman bahagia itu tidak wujud Hadir mewarnai hati
Tanpa kasih, kecewa Kerana ketenangan hati itu tiada Mengubat lara nestapa
(iv)
Bahagialah dirimu bersama warna kasih Kerana warna kasih itu indah bergemerlapan Lagikan kasih itu diterima oleh Ilahi Selaku kasih kerana Ilahi
Hargailah kasih suci ini Kerana kasih itu tidak abadi Namun biarkanlah Kasih Ilahi itu abadi.
Bilik Bahasa, SMKA Kota Kinabalu, Sabah. Khamis, 30 September 2010, jam 9.43 pagi.

Sahabat Sejati

(i)
Ku biar kalam berbicara
menghurai maksudnya di jiwa
agar mudah ku mengerti
segala yang terjadi
sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
meluahkan hasrat di hati
moga terubat segala
keresahan di jiwa
tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
tak melukai hatimu
mungkin sudah suratan hidupku

Kasih yang lama terjalin
berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku...

Oh Tuhan,
tunjukkan ku jalan
untuk menempuhi dugaan ini

Teman, maafkan jika ku melukaimu
moga ikatan ukhwah yang dibina ke akhirnya...

(ii)
Aku tidak kan berdaya
menahan hibanya rasa
kau pergi meninggalkan diriku

Redhalah apa terjadi
usahlah kau kesali
mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Oh Tuhan,
tunjukkan ku jalan
untuk menempuhi dugaan ini

Teman, maafkan jika ku melukaimu
moga ikatan ukhwah yang dibina ke akhirnya...

Ku biar kalam berbicara
menghurai maksudnya di jiwa
agar mudah ku mengerti
segala yang terjadi
sudah suratan Ilahi...

Perkenalan melanjutkan Mesra

Image
Mohamad Ramzi bin Taufik. Aku hanya mengenalinya setelah diperkenalkan secara lisan oleh abangnya sendiri, Izzamuddin.
Aku seakan terlalu tertawa pada suatu ketika, saat bersemuka hanya melalui chatting dalam Facebook.
"Assalamualaikum." Aku pun menjawab salam itu. Lalu dia perkenalkan dirinya seperti ini, "adik Izam ni."
Aku pun masih ingat perbualan dengannya ketika itu. Dia menyangka aku ini sebaya dengan Izam. Langsung kami berdua tersenyum. Barulah Ramzi sedar bahawa aku sudahpun mengambil PMR dengan keputusan yang boleh dikatakan cemerlang. 8A 1B.
Mulai hari itu, aku menerimanya dalam persahabatan dengan hati yang terbuka. Waktu itu, aku berada di sekolah lama, SEMAI.
Sekembalinya aku di SMAKK, aku sudahpun terlihat sikit-sikit kelibat Ramzi dengan seorang seniornya. Namun, selepas solat Zohor pada hari itu, hari Isnin, dia terus mencari aku. Namun, dia diiringi sahabatnya, Raziq.
Kami saling tersenyum - hakikatnya senyum itu mampu membahagiakan.
Aku langsung memper…