Posts

Showing posts from August, 2010

Menerima Kau Pergi

(i)
Aku punya rasa tak terungkapkan
hanya dalam memori
hati dan benak kusimpan

Berat menerima kau pergi
tanpa alasan juga
kau buat aku bertanya...

(ii)
Beribu senandung telah kunyanyikan
pelipur lara basuhkan dahaganya sukaku
Kata termanis hanya untuk dia
kekasih sepanjang hidup
ku masih merindukannya...

(iv)
Kata termanis hanya untuk kekasihku
ku masih merindukannya...

(v)
Apakah ku amat bererti
di mata engkau?

(vi)
Telah ku ukir wajahmu
lama dalam hati aku

(vii)
Namun kau hilang
dan takkan kembali jua
ku merasa sepiku sendiri...

Pulanglah...

Image
Mengenang orang yang telahpun terlebih dahulu pergi, al-Fatihah
Termenung ku sendiri Memendam rindu tidak menentu Kasih suci murni yang kita bina Hapus hancur oleh kata fitnah
Di pagi hari raya Hati sayu mengenang dirimu Mudahnya kau menggantikan diriku Seolah cintaku tak berharga
Apakah suratan Aidilfitri satu titik akhir?
Sekian lama bercinta Kau tiada di hari mulia
Keampunan ku pohon Sekiranya aku yang berdosa Pulanglah, ku merinduimu, sayang Ku menanti dengan hati rela
Apakah suratan Aidilfitri satu titik akhir?
Sekian lama bercinta Kau tiada di hari mulia
Keampunan ku pohon Sekiranya aku yang berdosa Pulanglah, ku merinduimu, sayang Ku menanti dengan jiwa raga
Pulanglah kepangkuan ku, oh sayang Ku menunggu mu di Hari Raya.
Wan Aishah Wan Ariffin

Damailah Sebuah Hati

Damailah sebuah hati, ya Rabbi
dengan kurnia hidayahMu
sumber kedamaian
juga suntikan meneruskan amal
juga dorongan menikmati kehidupan
dunia sementara

Damailah sebuah hati, ya Rabbi
dengan hadiah ketinggian imanMu
sumber amal kehayatan
yang boleh mendidik diri untuk sebuah pengorbanan
yang boleh membawa diri memperkasa agama
yang boleh mendorong diri mengecap redhaMu
juga selaku harta menuju istana Ilahi yang ukhrawi

Damailah sebuah hati, ya Rabbi
dengan redhaMu
selaku hubungan baik denganMu
selaku hubungan baik dengan hamba-hambaMu
juga pendidik sabar dan syukur ke hadratMu

Damailah sebuah hati, ya Rabbi…

Taman Sidra, SMKA Tun Ahmadshah, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.
Ahad, 8 Ogos 2010, jam 6.38 pagi.

Murni Sebuah Warisan Sastera

Image
Program Penghayatan Puisi Tradisional, 7 Ogos. Hal ini telah aku terima pemaklumannya daripada Cikgu Masni, Guru Kanan Bahasa di sekolah. Asalnya program ini berjalan pada 24 Julai. Oleh sebab sekolahku SEMAI menerima orang besar, Ketua Menteri Negeri pada 23 Julai, program itu telah ditunda walaupun pada hakikatnya “canselor” SEMAI, Datuk Jainab Ahmad mewakili Ketua Menteri Negeri menghadiri program besar SEMAI, Majlis Cemerlang bersama Ketua Menteri.

Sebelum hari yang dijanjikan, aku dipilih sebagai Ketua Program oleh Cikgu Masni. Aku cuba mengurus hal ini sedaya upaya, di depan mahupun di belakang tabir. Aku khabarkan penganjuran program ini secara umum melalui pernyataan yang aku sendiri keluarkan dari perpustakaan. Dalam pada itu, aku turut memilih Awang Zulfadli (seperti biasa) sebagai Ketua Program juga Pengerusi Majlis. Akmal seperti biasa menjalankan amanahnya sebagai Ketua Program juga Pengurus Teknik dan ICT. Aku pula ditugaskan mengiring penceramah dan mengurus hal ehwal pe…