Yakinlah Allah Mengampunimu

Aku mengenalimu dengan penuh kemesraan
mengharapkan rahmat persaudaraan
atas nama mencintai Tuhan Maha Kuasa
kerana cintanya kita saling menyinta
selalu berpesan akan kebaikan
selalu berpesan akan keburukan

Aku mengenalimu dengan penuh kemesraan
namun sayanglah dirimu yang seorang
aku ini prihatin demi kemaslahatan ummah
tapi kau bebaskan dirimu dengan
sebebas-bebasnya
sehingga kita lupa kita sedang berdosa
aku terlalu sukar menyelamatkanmu
walaupun aku terkadang terselamat
dengan manis taubat kepadaNya

Esok mungkin kau bersedih
kerana baru hari itu mahu menyesali
sedang sepatutnya dari dulu harus kausesali
khilaf dan salah
dosa kepada Allah
dosa kepada insani
aku hanya mampu memaafkanmu
kerana Allah itu pemaaf
yakinlah Allah mengampunimu.

SMKA Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.
Jumaat, 2 Julai 2010, jam 7.52 pagi.

Comments