Sayang-sayang Kita, Allah Lebih Menyayangi

(Belasungkawa: Al-Marhum Bapak Hj. Nahar Matamin)

Peribadinya cukup membayangkan
Itulah alim yang berhormat
peribadinya cukup melakarkan
untuknya seribu erti kemuliaan.

Dialah imam, dialah alim, dialah daie
terlakar namanya serata negeri
selaku pendakwah berwibawa lagi bitara
tanpa kenal penat lelah
berjuang atas nama Islami

Pemerintah menghargai imam ini
Imam negeri
atas baktinya terbalas tiada lagi
itulah dirinya yang amat dihargai.

Ajal maut di tangan Tuhan
tanpa diduga, akhirnya dia harus pulang
balik ke pangkuan Ilahi
di hari yang dirahmati
dengan panas dan hujan mencurah

Semua yang bernyawa
pasti akan pergi
sesiapa yang mengenalinya
tetaplah iman merelakan
bahawa dia harus pergi

Sesiapa yang menyayanginya
saksikanlah bahawa
sayang-sayang kita
Allah lebih menyayangi.

SMKA Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.
Isnin, 12 Julai 2010, jam 9.01 malam.

Comments