Madah Bayangan Memori

Aku hanya mampu mengucapkan
"kullu 'aamin waanta bikhair"
kerana memori membayangi mata akhir-akhir ini
secara tiba-tiba.

Kalau bermadah berlebih
zalim sungguhlah diriku ini
Allahlah selayaknya mengasihimu
ketika hayat mahupun ketika kepergian.

"Ya Allah, kekalkanlah rasa kehambaanku..."


Ujana Pemulia, Berungis, Tuaran.
Jumaat, 30 Julai 2010, jam 10.45 malam.


Kullu 'aamin waanta bikhair" dalam bahasa Arab bermaksud semoga sejahtera selalu.

Comments