Lagu Terindah

(i)

Lagu ini terindah
kerna keagungan yang Maha Esa
indah nian bahasa dan sasteraNya
tak terkalahkan cendekiawan terbitara
kerana Dialah segala-gala

Muslimin di sini
hadir berjanji kepadaMu
yakinlah kami mencintaiMu
kerna indahnya lagu ini
yang selalu membesarkan keagunganMu
sebesar jangkauan yang tiada
maha benar firmanMu sejujurnya

(ii)

Tahniah buat sang sahabat
kerana indah melodi ayat ini
kita bersatu walau bertemu seakan tiada
kasih Allah jualah segalaNya

(iii)

Bersaksilah sesungguhnya
yakinlah betapa saujana mendayu laguMu...

Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.
Jumaat, 2 Julai 2010, jam 9.15 malam.

Comments