Posts

Showing posts from July, 2010

Madah Bayangan Memori

Aku hanya mampu mengucapkan "kullu 'aamin waanta bikhair" kerana memori membayangi mata akhir-akhir ini secara tiba-tiba.
Kalau bermadah berlebih zalim sungguhlah diriku ini Allahlah selayaknya mengasihimu ketika hayat mahupun ketika kepergian.
"Ya Allah, kekalkanlah rasa kehambaanku..."

Ujana Pemulia, Berungis, Tuaran.
Jumaat, 30 Julai 2010, jam 10.45 malam.


Kullu 'aamin waanta bikhair" dalam bahasa Arab bermaksud semoga sejahtera selalu.

Cukup Indah

Tak pernah aku menjauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai

Aliff Satar

Sayang-sayang Kita, Allah Lebih Menyayangi

(Belasungkawa: Al-Marhum Bapak Hj. Nahar Matamin)

Peribadinya cukup membayangkan
Itulah alim yang berhormat
peribadinya cukup melakarkan
untuknya seribu erti kemuliaan.

Dialah imam, dialah alim, dialah daie
terlakar namanya serata negeri
selaku pendakwah berwibawa lagi bitara
tanpa kenal penat lelah
berjuang atas nama Islami

Pemerintah menghargai imam ini
Imam negeri
atas baktinya terbalas tiada lagi
itulah dirinya yang amat dihargai.

Ajal maut di tangan Tuhan
tanpa diduga, akhirnya dia harus pulang
balik ke pangkuan Ilahi
di hari yang dirahmati
dengan panas dan hujan mencurah

Semua yang bernyawa
pasti akan pergi
sesiapa yang mengenalinya
tetaplah iman merelakan
bahawa dia harus pergi

Sesiapa yang menyayanginya
saksikanlah bahawa
sayang-sayang kita
Allah lebih menyayangi.

SMKA Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.
Isnin, 12 Julai 2010, jam 9.01 malam.

Lagu Terindah

(i)

Lagu ini terindah
kerna keagungan yang Maha Esa
indah nian bahasa dan sasteraNya
tak terkalahkan cendekiawan terbitara
kerana Dialah segala-gala

Muslimin di sini
hadir berjanji kepadaMu
yakinlah kami mencintaiMu
kerna indahnya lagu ini
yang selalu membesarkan keagunganMu
sebesar jangkauan yang tiada
maha benar firmanMu sejujurnya

(ii)

Tahniah buat sang sahabat
kerana indah melodi ayat ini
kita bersatu walau bertemu seakan tiada
kasih Allah jualah segalaNya

(iii)

Bersaksilah sesungguhnya
yakinlah betapa saujana mendayu laguMu...

Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.
Jumaat, 2 Julai 2010, jam 9.15 malam.

Yakinlah Allah Mengampunimu

Aku mengenalimu dengan penuh kemesraan
mengharapkan rahmat persaudaraan
atas nama mencintai Tuhan Maha Kuasa
kerana cintanya kita saling menyinta
selalu berpesan akan kebaikan
selalu berpesan akan keburukan

Aku mengenalimu dengan penuh kemesraan
namun sayanglah dirimu yang seorang
aku ini prihatin demi kemaslahatan ummah
tapi kau bebaskan dirimu dengan
sebebas-bebasnya
sehingga kita lupa kita sedang berdosa
aku terlalu sukar menyelamatkanmu
walaupun aku terkadang terselamat
dengan manis taubat kepadaNya

Esok mungkin kau bersedih
kerana baru hari itu mahu menyesali
sedang sepatutnya dari dulu harus kausesali
khilaf dan salah
dosa kepada Allah
dosa kepada insani
aku hanya mampu memaafkanmu
kerana Allah itu pemaaf
yakinlah Allah mengampunimu.

SMKA Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.
Jumaat, 2 Julai 2010, jam 7.52 pagi.

Sebuah Penghormatan

(untuk SK St. Agnes, Likas, Kota Kinabalu)

Terima kasih banyak-banyak
atas kepercayaan tuan
mengurniakan sebuah penghormatan
untuk mendidik adik-adik
menunaikan perintah Ilahi

Hamba-hamba ini bukanlah sesiapa
namun atas amanah Ilahi
ini sahajalah persembahan dakwah kami
yang kami termampukan lakukan
mohon diamalkan ilmu ini
demi bahagia hidup dunia dan akhirat

Ketahuilah,
Tuhan kita itu penyayang nian
maka tunaikanlah arahanNya
untuk kita disayangi Tuhan Maha Esa
yang empunya keluasan rahmat terlalu luas.

Siapakan tidak mahukan
sebuah penghormatan murni
atas budi ini
terima kasih banyak-banyak.

SK St. Agnes, Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Sabtu, 26 Jun 2010, jam 9.30 pagi.